Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 30, 2023 @ 10:17am

“Mengucap Panjang Aku!” – Bikini Putih Leona Jadi Bualan Netizen, Respons Azhar Sulaiman Paling Win!

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi mencuri perhatian selepas sepotong video pendek viral di TikTok memperlihatkan Kasih Iris Leona bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti bermandi sungai.

Menerusi video berdurasi 39 saat yang dikongsikan semula oleh peminat di platform berkenaan, Leona mengejutkan ramai pihak apabila tampil memakai bikini berwarna putih dengan bahagian dada dan punggungnya terdedah sekaligus membuatkan ramai pihak berasa kurang senang dengan tindakannya itu.

“Suns out, bums out,” tulisnya pada paparan video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Tidak kurang juga yang tampil meninggalkan komen-komen ‘lucah’ bersifat sarkastik kepada Leona.

 

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian XTRA di platfom TikTok milik Azhar Sulaiman, dia memaklumkan, tidak sempat untuk melihat video anaknya itu dan bersyukur Leona telahpun memadam video tersebut di akaun sosial media miliknya.

“Mami dan muss cat tak sempat tengok video bikini putih tu. But whatever it is, both of us bersyukur sangatLeona dah removed video tu dan tak memanjangkan lagi perkara ni.

“Dan, sebagai seorang ibu bapa, sama macam parents yang lain… we hoping for the best untuk our kids dan Mami harap Leona juga boleh belajar dari kesilapan,” katanya.

@theazharsulaimanSyukur Alhamdullilah Kami tak sempat tengok video Bikini Putih….. Salam Subuh Geng!♬ original sound – AzharSulaiman

 

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama gadis berusia 21 tahun ditegur mengenai penampilannya sehinggakan bapanya sendiri mengaku sudah puas menasihati Leona dalam bab pemakaian namun tidak dihiraukan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Jan 2023

Terpalit Dengan Lelaki VIP? Ini Respons Anna Jobling

Anna cantik sebab tu jadi tumpuan ramai

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Jom Intip Waktu Tidur Selebriti Terkenal Hollywood

Bagaimana pula dengan rutin bintang terkenal Hollywood? Memiliki rumah besar dan cukup selesa pastinya membuatkan mereka suka menghabiskan masa di kamar tidur. Ye ke?

Hiburan Sun, 19 Aug 2018

Fouziah Gous Sedia Bantu Suami

Tidak mengharapkan sang suami sahaja mencari rezeki, si isteri turut membantu….

Hiburan Mon, 15 Dec 2025

PU Amin Bersuara Isu Kelas Agama Cecah Harga Mahal – “Bukan Sekadar Bayaran Kosong Semata-Mata”

PU Amin menyifatkan kelas agama berbayar bukan sekadar bayaran kosong semata-mata

Featured Mon, 29 Nov 2021

Pernah Digelar Gajah Oleh Rakan, Pemuda Tekad Turunkan Berat Badan

Sebenarnya sukar bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai perubahan dan transformasi untuk menurunkan berat badan terutamanya dalam tempoh yang singkat. Malah, ada yang […]

Trending Fri, 7 Sep 2018

Babak Perkahwinan Ikonik Filem Crazy Rich Asians Bikin Pereka Tempatan Carven Ong Trending!

Gaun super cantik yang terdapat dalam babak perkahwinan Crazy Rich Asians itu adalah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal negara, Carven Ong.

Featured Mon, 25 Aug 2025
Featured Mon, 12 Nov 2018
error: Content is protected !!