Isteri Aliff Syukri Tak Rela Dimadu – “Jangan Letak Harapan Akan Bahagia Selamanya”

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tak bersetuju jika suaminya berkahwin lagi.

Memetik laporan Harian Metro, dia menegaskan tiada wanita termasuk dirinya yang rela dimadukan.

Malah, Shahida mengharapkan pasangannya setia buat selama-lamanya namun tetap bersedia jika perkara seperti itu berlaku.

“Kalau boleh bertahan dengan kerenahnya, silakan (sambil berseloroh).

“Saya tak benarkan dia kahwin lain. Mana-mana isteri pun tak okay benda itu (poligami) sebab sudah tentu bila kita kahwin, tak pernah terfikir pun untuk dimadukan atau diduakan.

“Bila kita kahwin, sudah tentu kita harapkan pasangan setia dengan kita. Tapi kita tak tahu apa yang akan datang. Bila dah kahwin, jangan meletakkan harapan akan bahagia selamanya.

“Jadi, kena bersiap sedia dengan apa yang kemungkinan ada,” katanya.

Terdahulu, Aliff mengakui terfikir untuk berkahwin lain tetapi dia sedar tidak mampu untuk membahagikan kasih sayang dan perhatian jika beristeri ramai.

Untuk rekod, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan bakal kelahiran menyambut cahaya mata keenam tidak lama lagi.

Maya Basir