Categories: HiburanTrending

Isteri Intai Peluang Jadi Pelakon Dan Pengacara, Aiman Tino Bagi Lampu Hijau

Penyanyi dan pelakon, Aiman Tino memberi keizinan kepada isterinya, Syarah Haifa untuk berlakon atau menjadi pengacara.

Memetik laporan BH, Aiman atau nama sebenarnya, Muhammad Aiman Yusri berkata, isterinya pernah ditawarkan peluang mengacara dan terbabit dalam drama produksi Indonesia, namun tidak serius.

Aiman yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci meluahkan rasa senang hati jika ada mana-mana produksi yang ingin memberi tawaran berlakon atau pengacaraan kepada isterinya itu.

“Saya okay sahaja. Ada juga pihak yang memberikan Syarah peluang untuk menjadi pengacara.

“Jika ada tawaran datang, terserah kepada Syarah nak terima atau sebaliknya.

Menurut Aiman, isterinya sering mengikutnya ke lokasi pengambaraan. Justeru, produksi sudah nampak dan mengenali isterinya.

Lebih-lebih lagi, Syarah juga dikatakan sudah mempunyai asas dalam lakonan dan pengacaraan memandangkan dia merupakan seorang graduan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Dia juga pernah membintangi drama Indonesia sebab terbabit dalam produksi, jadi tidak kekok dalam bidang seni,” katanya.

Sementara itu, Syarah turut meluahkan rasa minat untuk menerokai industri lakonan dan pengacaraan kerana mempunyai ilmu dalam bidang seni memandangkan menuntut dalam jurusan Filem dan Televisyen di ASWARA.

“Kalau ada peluang mengapa tidak? Saya juga ada suami yang menyokong.

“Kami sukakan bidang seni, jadi saya tidak akan menolak jika ada tawaran suatu hari nanti.

“Jika ada tawaran berlakon bersama suami pun saya terima. Baru-baru ini, kami ada menjayakan program realiti bersama, tapi tidaklah terlalu mencuba. Kalau ada rezeki, adalah,” katanya lagi.

Sumber: BH

Syamir Shafie