Isteri Pelakon Badrol Shah Meninggal Dunia Selepas Ditidurkan Akibat COVID-19

Pelakon Badrol Shah atau Bad, 39, reda dengan pemergian isterinya, Farah Sheila Mazlan selepas 45 hari bertarung dengan COVID-19.

Bad mengumumkan berita duka itu menerusi hantaran di laman Instagramnya.

“Kali pertama masa pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isteri sudah meninggal itu memang saya tak dapat terima. Tapi kali ini, saya serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergiannya”  kata Bad seperti dilaporkan Harian Metro.

Allahyarham Farah yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat meninggal dunia selepas 45 hari bertarung dengan COVID-19.

Rakan artis dan peminat turut menghujani ruangan komen dilihat dengan ucapan takziah kepada dirinya.

Difahamkan, isterinya disahkan meninggal dunia di HKL pada jam 8.15 pagi, hari ini.

Pemergian isterinya itu meninggalkan tiga orang anak perempuan hasil perkahwinan Allahyarhamah yang pertama iaitu Putri Farah Nordina Dania,12, Putri Farah Nordina Zawana,11, dan Putri Farah Norhaziqah yang kini berusia 7 tahun.

Bad pernah membintangi filem Busut Bonang dan Senario Pemburu Emas Yamashita.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”