“Saya Pernah Dipanggil Perempuan Jahil & Psiko Oleh Seorang Ustazah”- Nora Ariffin

Sudah menjadi lumrah bergelar seorang anak seni pastinya dihujani dengan pelbagai pujian dan juga cacian.

Menerusi laman Instagramnya, penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin berkongsi bahawa dirinya pernah dipanggil dengan gelaran perempuan psiko dan jahil oleh seorang ustazah.

Menurut Nora lagi walaupun dia sudah memaafkan individu tersebut namun dia tidak mungkin mampu melupakan perkara itu.

“Lumrah jadi orang popular. Difitnah, dikeji, dibenci dan dimaki, itu perkara biasa. Saya pernah dipanggil perempuan jahil dan ‘psiko’ oleh seorang ustazah. Walaupun dimaafkan tapi tak akan lupa sampai bila-bila,” tulisnya.

Ketika ditanya peminat bagaimana dia mengekalkan sikap optimis apabila berdepan dengan perkara seperti itu, Nora menjawab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Ingat, setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah. Semuanya dengan izin Allah. Tiada kebetulan. Kita kena selalu bersangka baik kepada ketentuan Allah, sama ada suka atau tidak,” katanya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”