Isu Barang Tiruan, Neelofa Tak Sependapat Dengan Aliff Syukri?

Isu selebriti menggunakan barang tiruan masih terus diperkatakan netizen di laman Instagram.

Akaun Instagram @streetwearbustamy terus mendedahkan beberapa selebriti menggayakan barangan jenama tiruan.

Dalam hal ini, ada sesetengah selebriti menyokong dan ada pula tidak bersetuju.

Jika Datuk Seri Aliff Syukri memberi komen, terpulang atas kemampuan seseorang untuk memakai barangan original atau tiruan, lain pula bagi pelakon popular, Neelofa.

“ Usaha lebih keras untuk memiliki barangan yang diidamkan. Bukan dengan cara membeli barangan tiruan.

“ Dengan cara ini, kita boleh motivasikan diri untuk mendapatkan barangan original,” katanya.

Dalam masa sama, Neelofa meluahkan kekecewaanya terhadap penjual jenama tiruan di mana tudung Naelofar turut menjadi mangsa.

“ Tudung keluaran saya juga jadi mangsa. Ia dijual di bawah harga RM 100. Sudah tentu saya kecewa,” katanya di program khidmat masyarakat bersama Starbucks dikenali sebagai My Cups of Kindness with Neelofa.

Nampaknya Neelofa bersetuju dengan kewujudan akaun Instagram @streetwearbustamy. Barulah orang segan nak pakai barang tiruan… Untuk si pemakai, tepuk dada tanya selera ok?

 

SGMS Faida