Isu Busana: Didakwa Tak Hirau Teguran Penonton, Netizen Label Aina Abdul ‘Acah Diva’ & ‘Annoying’

Nama penyanyi Aina Abdul sekali lagi hangat di media sosial apabila penampilannya sebagai juri tetap di pentas sebuah rancangan realiti nyanyian sekali lagi dikritik.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Fesyen Keterlaluan, Ramai Mahu ‘Boikot’ Aina Abdul? Ini Respons Empunya Badan…

ARTIKEL BERKAITAN: Disamakan Dengan Beluncas, Fesyen Aina Abdul Dikritik Netizen – “Tolong Fikir Penonton Dekat Belakang”

Menerusi perkongsian di media sosial, ada netizen yang masih tidak berpuas hati dengan penampilan pelantun lagu Terus Hidup itu yang dikatakan masih menganggu pandangan penonton.

Di Twitter, ada yang mendakwa Aina seolah-olah bersikap keras kepala apabila enggan mengambil iktibar dengan kritikan yang diterimanya pada minggu-minggu sebelum ini.

“Orang cakap Aina Abdul narsisitik kau terasa. Tapi korang nilai la sendiri. Tengok perasaan orang yang duduk belakang seat dia.

“Haritu cakap team dia dekat belakang kan. Habis tu ni yang berapa layer ke belakang ni pecer? Sumpah aku tak respectla orang acah diva ni, keras kepala,” ciap seorang netizen.

Lebih panas, ramai juga mendakwa Aina seorang yang bersikap pentingkan diri sendiri dan menjengkelkan.

Dalam pada itu, pengurus Aina juga turut dikritik selepas memuat naik foto sudut pandang ketika duduk di belakang penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus Kongsi Foto POV Duduk Belakang Aina Abdul, Netizen Lain Pula Tampil Bidas: “Nilailah Sendiri! Tengok Perasaan Orang Yang…”

Khairil Khusyairi