Categories: KonsertTrending

Bertemakan Cinta, Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur Sentuh Hati Penonton

Penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng menghiburkan para peminatnya di Malaysia yang bertempat di Plenary Hall, KLCC pada 4 Jun lalu menerusi ‘ANDMESH KAMALENG LIVE IN KUALA LUMPUR’ yang bertemakan ‘Cinta’ dan dibawakan khas oleh penganjur acara, Kharisma Music International.

Konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh 3 penyanyi tanah air iaitu Aisha Retno, Arddley Nicholas dan Daniesh Suffian.

Andmesh memulakan persembahan dengan mendendangkan lagu Kumau Dia, Bisa Tanpamu, Jangan Lupakan Aku dan Terlalu Berharap yang mana lagu ciptaan untuk penyanyi terkenal, Rossa.

Pada segmen seterusnya, Andmesh menyentuh hati penonton dengan mendedikasikan persembahannya untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia menerusi lagu Luka dan Hanya Rindu.

Persembahan tersebut memberi kesan mendalam kepada penonton sehingga ramai yang menitiskan air mata dan selain menjemput kedua adiknya naik ke pentas saling berpelukan.

Bukan itu sahaja, Andmesh juga menyanyikan lagu Sial yang dinyanyikan oleh Mahalini. Ramai yang tidak mengetahui bahawa dia merupakan pencipta lagu tersebut.

Bukan itu sahaja, pemilik nama Jeandmesh Antonio Kamaleng, 26, ini berjaya menambat hati para penonton malam itu dengan karya-karya hebatnya yang lain seperti Anugerah Terindah, Andainya Kau Datang Kembali, Jangan Rubah Takdirkan, Nyaman dan banyak lagi.

Andmesh mengakhiri konsert dengan menyanyikan lagu popularnya, Cinta Luar Biasa. Lebih menarik, lagu ini dinyanyikan bersama-sama penonton yang hadir diikuti dengan percikan api dan ‘confetti’.

Atiqah Johari