Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 10, 2023 @ 9:24am

Isu Ekin Dakwa Dikenakan Caj Melampau, Peniaga Makanan Laut Akhirnya Dikompaun RM1,500

Peniaga makanan laut di Tepian Tebrau, di sini yang tular kerana mengenakan caj bayaran mahal kepada pelanggan telah dikenakan kompaun berjumlah RM1,5000.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, kompaun tersebut dikenakan selepas pihaknya melengkapkan dua kertas siasatan terhadap peniaga terbabit.

Jelas Fuziah, peniaga itu dikompaun kerana kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan terdapat unsur pencatutan iaitu menjual pada harga tidak munasabah.

“Berkenaan isu peniaga makanan laut yang tular sebelum ini, KPDN Johor telah membuka dua kertas siasatan dan peniaga terbabit telah dikenakan kompaun iaitu RM500 kerana tidak meletakkan tanda harga dan RM1,000 kerana pencatutan.

“Perkara ini seharusnya dijadikan pengajaran buat kedua-dua pihak, peniaga perlu berniaga dengan telus manakala pengguna perlu tahu harga produk atau makanan yang dibeli mereka, pengguna ada hak untuk tahu sebelum beli,” katanya.

Tambah Fuziah, tindakan kompaun tersebut tidak bertujuan sebagai hukuman kepada peniaga sehingga menyebabkannya menutup perniagaan sebaliknya sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Oktober lalu, isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin Rahmat meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan mendakwa harga yang dikenakan kedai Dol Mat Seafood di medan selera Tepian Tebrau, di sini terlampau mahal iaitu berjumlah RM1,260.

Namun begitu, pemilik premis tersebut dalam satu video balas memberi penjelasan berhubung harga dikenakan dan memaklumkan harga itu adalah untuk hidangan dipesan seramai 20 orang.

Dia turut memperincikan setiap butiran hidangan yang dipesan Ekin sebagai justifikasi terhadap harga berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ekin Dakwa Kedai Makanan Laut Caj Melampau, KPDN Ambil Tindakan… Rupanya Kedai Ibu Saudara Linda Hashim – “Kenapa Tak Tanya Dulu, Bukan Ambil Video”

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Cromok & Barbarik Bergabung Dalam Konsert ‘Black On White’, Janji Pengalaman Luar Biasa

Cromok dan Barbarik bakal berkongsi pentas menerusi konsert Black On White Cromok-Barbarik yang dijadualkan berlangsung pada 27 Jun ini.

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

Wow! BTS Datang Malaysia

BTS bakal melangsungkan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa yang terdekat

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Dakwaan Khianat Sahabat Sendiri, Erra Fazira Tampil Mohon Maaf

Semoga dengan kenyataan ini, tiada lagi perbalahan berbangkit selepas ini.

Trending Mon, 23 Apr 2018

Video Pendaki Wanita Histeria Tular!

Pemilik akaun FB bernama Kefliz Zakaria memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 8.45 pagi ketika kumpulan berkenaan dalam perjalanan turun dari bukit itu.

Featured Thu, 1 Nov 2018

Exam Bagi Tahun 1, 2 Dan 3 Akan Dimansuhkan Bermula Tahun 2019

Pemansuhan peperiksaan tersebut akan digantikan dengan pentaksiran.

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

萧敬腾8秒「超快der」体力受得了吗?

萧敬腾新专辑「欲望反光」将于22日发行,同名歌曲由吴青峰一手包办词曲,MV则邀国际级摄影大师林炳存执导,采一镜到底拍摄。

Trending Mon, 11 Nov 2019

Percaya Tak Mangkuk Tandas Emas Siap Dengan Ciri Kalis Peluru!

Tak sangka dalam dunia ini ada juga yang memiliki mangkuk tandas bertatahkan emas

Hiburan Thu, 21 Aug 2025

Pilih Nama Zahra Aileen, Sarah Hilderbrand Selamat Melahirkan Anak Perempuan

Sarah Hilderbrand pilih nama anak perempuan Zahra Aileen

error: Content is protected !!