Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 27, 2023 @ 12:07pm

Isu Palestin & Patung Dewa David, Syamimia Mohon Maaf – “Ini Pengajaran Terbesar Dalam Hidup”

Pempengaruh media sosial, Syamimia sekali lagi tampil memohon maaf kepada umum susulan isu membabitkan dirinya mengenai konflik Palestin.

Tambah Syamimia yang popular menerusi video kehidupannya di perumahan kos rendah itu, dia turut membuang patung dewa David yang menjadi hiasan dirumahnya sebelum ini sehingga menjadi pertikaian ramai.

“Dengan rendah hati, saya Syamimia ingin sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.

“Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan ini merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya.

“Saya bersama Palestin dan patung tersebut telah dilupuskan,” tulisnya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Syamimia turut mengakui kesilapannya atas ketidakprihatinannya dalam isu yang sedang menjadi tumpuan ketika ini.

“Saya bersyukur menerima bimbingan yang and berikan dan saya mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu ini.

“Saya akui saya masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan in menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan.

“Sekali lagi saya ikhlas mohon maaf membuat anda berkecil hati dengan tindakan saya dan saya tiada niat untuk melukai sesiapa,” tutupnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Syamimia atau lebih dikenali Mimi dikecam hebat apabila didakwa enggan berkongsi kesedaran mengenai isu Palestin di media sosial miliknya.

Lebih hangat, netizen turut bertindak untuk tidak lagi mengikuti atau ‘unfollow’ semua platform media sosialnya.

Kemudian, timbul pula pertikaian apabila kecoh di media sosial mengenai ‘patung David’ yang menjadi hiasan rumah di kediaman Syamimia.

Untuk info, nama Syamimia menjadi tular apabila sering mempamerkan video-video kehidupan hariannya di rumah perumahan kos rendah.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjelasan Mengenai Isu Palestin Dihentam, Netizen ‘Unfollow’ Syamimia! Dulu 1.1 Juta Followers, Kini Hilang Lebih 100,000 Kurang 24 Jam

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Netizen Kerana Tak Kongsi Konflik Palestin, Influencer Syamimia Tampil Mohon Maaf – “Terlampau Banyak Kebencian Dilemparkan Pada Saya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 21 May 2018

Bulan Madu? Nanti Dulu…

Meghan, aktres televisyen Amerika Syarikat (AS) yang berdarah campuran juga mencatat sejarah tersendiri apabila berjalan di lorong gereja sendirian sebelum disambut Charles untuk diserahkan kepada Harry selain memberi ucapan dalam majlis resepsi pada sebelah malam.

Featured Thu, 24 Nov 2022

Ustazah Asma’ Ketuai Bacaan Yassin Buat Nad Zainal, Hampir 4,500 Masuk Sesi Live

Industri seni tanah air dikejutkan dengan berita sedih apabila aktres versatil Nad Zainal dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman di paru-paru. Sehubungan dengan itu, satu inisiatif telah di ambil oleh The Khadijah […]

Events Mon, 26 Aug 2019

Rai Empat Dekad Dalam Industri Seni, M. Nasir Hiburkan Peminat 23 November Depan!

Legend is back! Bakal tampilkan kejutan, rugi tau siapa tak datang.

Trending Sat, 10 Nov 2018

不是帅哥也可以!男人5大特质让女生好想跟你在一起

既然称不上是大帅哥了,更要养成其他方面的魅力才行,这5个条件只要做足了,事实上也没什么好挑剔了……

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Trending Thu, 31 Dec 2020
Trending Mon, 21 Jun 2021

Muncul Dengan Lagu Duet, Daniesh Suffian Tumpang Populariti Aina Abdul?

Penyanyi baru, Daniesh Suffian kini muncul dengan lagu duet bersama Aina Abdul yang berjudul Warna Warni. Baru sahaja dilancarkan, single ciptaan Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Mas Dewangga ini merupakan usahasama antara MonkeyBone dan platfom […]

Hiburan Tue, 20 Aug 2024
error: Content is protected !!