Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 17, 2023 @ 4:35pm

Dikritik Netizen Kerana Tak Kongsi Konflik Palestin, Influencer Syamimia Tampil Mohon Maaf – “Terlampau Banyak Kebencian Dilemparkan Pada Saya”

Kecoh baru-baru ini pempengaruh Syamimia atau lebih dkenali Mimi dikritik netizen apabila didakwa enggan berkongsi sebarang hantaran mengenai konflik yang berlaku di Palestin.

Menerusi di media sosial, Mimi menerima pelbagai komen-komen daripada netizen yang mendakwa dia enggan mencipta kesedaran kepada pengikut mengenai konflik tersebut di media sosial miliknya.

“Mimi tolonglah gunakan paltform Instagram (IG) yang ada 300,000 followers untuk kongsi ‘awareness’ isu Palestin.

“Sedih bila ‘content creator’ non muslim ramai yang kongsi berkali-kali isu ini tapi content creator Islam diam seribu bahasa. Contohilah Khairul Aming,” komen seorang netizen.

“Ni ke yang tak nak ‘spread’ isu Palestin,” kritik seorang netizen

“Kak, create awareness tak susah pun, apatah lagi post pasal Palestin tu,” kritik netizen di ruangan komen.

Tidak berdiam diri, Syamimia tampil menjawab kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya mengenai isu tersebut.

Kata Syamimia, dia cakna mengenai isu Palestin namun dia hanya mampu berdoa saja.

“Tidak kongsi tidak bermaksud tidak ambil tahu. Tidak tahu, jahil, tidak sayang. Kita semua ada rahsia, Tuhan saja yang tahu.

“Tidak ada keluar dari mulut saya yang menyatakan saya tak menyokong Palestin. Kalau boleh nak buat satu perkara baik itu, buatlah baik secara menyeluruh.

“Sama-samalah kita perbaiki diri kita, sokong yang mana benar dan sumbangkan bukan sekadar doa, kalau ada rezeki lebih, berilah sumbangan. Salurkan pada tabung yang sahih,” jelasnya.

Namun, penjelasan yang dibuat menerusi video itu telah dipadam olehnya serta dikatakan tidak diterima warganet. Walau bagaimanapun, video penjelasan tersebut berjaya dikongsi semula warganet di media sosial.

Malah, warganet mendakwa penjelasan Syamimia itu tidak menjawab persoalan dan dikatakan terlalu lari daripada isu asal.

“Try hard sangat nak tunjuk ‘super intelligent’. In actual facts merapu meraban,” komen seorang pengguna.

“Otak dia kosong ke? Cakap melalut apa tah,” kritik netizen.

Terbaharu, Syamimia sekali lagi membuat hantaran di TikTok dengan membuat permohonan maaf kepada semua.

“Boleh je tegur, saya suka baca dan terima nasihat. Tapi jangan sampai memalukan dan menghina. Tak baik. Saya tak memalukan diri saya sebab saya tahu apa yang saya sebut.

“Video tersebut telah dipadam bukan kerana saya takut hilang ‘followers’, bukan kerana saya ego, bukan kerana saya betul tetapi terlampau banyak hinaan dan memalukan nama saya.

“Saya juga minta maaf sekiranya saya tidak menepati kriteria ‘title’ pempengaruh yang anda gelarkan pada saya.

“Terlampau banyak kebencian yang dilemparkan pada saya dan saya harap kita semua dan sava sempat bermaafan. Saya tidak kacau sesiapa, semoga kita sangka baik dengan Allah dan ciptaan Nya. Aminn,” tutupnya.

Terdahulu, Syamimia tular apabila sering mempamerkan video-video kehidupan hariannya di rumah perumahan kos rendah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023

“Perempuan Tu Masih Kacau!” – Dedah Telah Fail Cerai, Jalaluddin Perjelas Konflik Rumah Tangga Musa Hassan

Abang saya tak pernah abai nafkah isteri dan anak-anak – Jalaluddin Hassan

Featured Mon, 19 Apr 2021

500,000 Guru Akan Diberi Keutamaan Vaksin

Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar golongan pendidik akan diberi keutamaan dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Beliau berkata guru-guru akan diberi keutamaan yang sama seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) […]

Hiburan Thu, 25 Jan 2018

FANS NO LONGER ABLE TO SEND GIFTS TO BTS

Sending presents are often seen as a sign of love, appreciation and admiration. Unfortunately, fans are no longer allowed to send BTS members gifts.

FESYEN Wed, 10 Jul 2019

Pertama Kali Di Malaysia, Pameran Fesyen Mewah Ini Curi Tumpuan Neelofa!

Wow, pameran jenama fesyen apa tu sampai Neelofa pun datang..

Featured Fri, 9 Sep 2022

Izwan Azir Saleh Kesal Warganet ‘Miskin Simpati’ Terhadap Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita – Izwan Azir Saleh

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Kaya Tapi ‘Humble’, Jom Tengok Hadiah Hari Jadi Nia Ramadhani Tahun Ini!

Bergelar isteri seorang jutawan, apa agaknya hadiah yang diberi suami Nia tahun ini?

error: Content is protected !!