Isu Saman JAWI RM10 Juta, Yusof Haslam Pelik Dengan Syamsul – “Saya Harap Tindakan Dia Tak Keruhkan Keadaan”

Kecoh sejak semalam apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa dia bakal menfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebanyak RM10 Juta.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Nak Saman JAWI RM10 Juta, Puteri Sarah Desak Minta Jujur – “Kebenaran Akan Terbongkar

Susulan itu, bapa Syamsul yang juga merupakan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam berharap tindakan anaknya itu tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Memetik laporan BH Online, Yusof Haslam yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak masuk campur akan urusan Syamsul, sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu.

“Saya pelik dengan tindakan Syamsul. Namun, tak perlulah saya mengulasnya.

“Cuma sebagai orang tua, saya berharap tindakan Syamsul tidak akan mengeruhkan keadaan.

“Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul,” ujarnya kepada BH Online.

Untuk info, Syamsul masih mengunci mulut mengenai dakwaan sudah berkahwin dengan Ira Kaza dan hanya membalas pertanyaan dengan emoji ketawa.

Artikel Berkaitan: Didakwa Telah Berkahwin Dengan Ira Kaza, Syamsul Yusof Jawab Dengan Emoji

Sumber: BH Online

Atiqah Johari