Isu Selebriti Tawar Cincin Berlian Pada Isteri Untuk Berdamai, Ini Reaksi Padu Reen Rahim – “Lelaki Memang Fikir Perempuan Ba*ak Duit Ke?”

Pelakon, Reen Rahim meluahkan rasa berang terhadap segelintir lelaki yang seakan menggunakan wang dan harta sebagai salah satu usaha untuk memujuk isteri, terutamanya dalam proses penceraian.

Menerusi ruangan Instagram, Reen berkongsi sebuah pautan berita memaparkan isu rumah tangga selebriti sensasi, Farid Kamil yang menawarkan cincin berlian kepada isterinya, Diana Danielle untuk tujuan pendamaian.

“Wujud lagi lelaki yang fikir perempuan ni batak duit, batak emas intan berlian ek? Sakit hati kita.

“Duit memang lah penting. Tapi ada yang lagi penting dan sangat simple untuk korang menang besar kat hati isteri atau mak korang” tulisnya.

Lantaran itu, Reen meminta pengikutnya untuk menjelaskan mengenai perkara yang wanita inginkan menerusi pautan Ask Me A Question di Instagram Stories (IGs).

“Aku malas nak explain, korang perempuan cuba explain what women need,” katanya.

Aktres Pujaan Hati Kanda itu kemudian memuat naik satu posting di Instagram meminta pengikutnya untuk membaca mesej-mesej wanita berkaitan isu tersebut di IGs miliknya.

Namun begitu, perkongsian tersebut membuatkan segelintir netizen rasa kurang senang dan berang melihat pelakon drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 3 ini yang seakan menjaga tepi kain orang lain.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan mereka meminta Reen untuk menjaga suaminya sahaja daripada mengikut campur urusan pasangan selebriti lain.

“Bulan puasa ni tak payah nak masuk campur rumah tangga orang. Bukan suami awak kan, jaga elok-elok,” tulis netizen.

Tidak berdiam diri, Reen tampil membidas salah satu individu yang meninggalkan komen tersebut dengan berkata bukan niatnya untuk menyibuk, namun hanya meluahkan perasaan kecewa terhadap segelintir lelaki yang menggunakan harta atau wang ringgit kepada wanita.

“Ek eleh. Saya bukan nak masuk campur. Tak paham point la tu. Apa yang saya nak ketengahkan lelaki jangan ingat duit tu segalanya. Kasih sayang juga penting.

“Tenang. Saya saja up isu ini. Sebab perempuan tak reti nak terus terang apa dia nak. Yang lelaki pula lurus betul. Kalau siapa makan cili ni terasa la. Ni khas untuk lelaki benak, lelaki mithali tu diam-diam je la tak perlu mengamuk,” ujarnya lagi.

Aqilah Paharuzi