Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 3, 2023 @ 2:43pm

Isu Serang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Beri Kebenaran Tangguh Kes Selama 4 Minggu

Mahkamah Singapura memberi kebenaran untuk menangguh kes selama empat minggu bagi pegawai penyiasat melengkapkan siasatan ke atas individu lelaki yang menyerang pelakon Kamal Adli baru-baru ini.

Memetik laporan Bernama, Hakim Daerah Ong Hian Sun turut tidak membenarkan tertuduh untuk tidak diikat jamin.

Untuk makluman, pada 4 April lalu mahkamah bersetuju dengan permohonan pendakwa raya agar lelaki tersebut tidak diikat jamin dan penangguhan kes selama empat minggu sehingga hari ini.

Lelaki yang berumur 33 tahun itu sebelum ini telah direman selama tiga minggu dan menjalani ujian psikiatri di IMH.

Tertuduh didakwa di Mahkamah Negeri atas sebab “disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya” pada 14 Mac lalu.

Sehubungan itu, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman.

Terdahulu, Kamal Adli diserang oleh lelaki tersebut dengan bersenjatakan baton ketika menyertai acara Jualan Mega Hari Raya yang berlangsung di Dewan 5a Ekspo Singapura.

Susulan serangan itu, Kamal Adli mengalami kecederaan di bahagian kepala dan terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital Singapura.

Artikel Berkaitan: Hakim Tak Benarkan Penyerang Kamal Adli Diikat Jamin

Artikel Berkaitan: Individu Serang Kamal Adli Direman 2 Minggu Jalani Penilaian Psikiatri

Artikel Berkaitan: Kamal Adli Berlubang Kepala Diserang Individu Tak Dikenali, Uqasha Senrose Dedah Kejadian Sebenar – “Dia Pukul Berkali-Kali…”

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 10 Jan 2018

DISCOVER THE BEST OF SOUTHEAST ASIA WITH GOASEAN!

The perfect travel, lifestyle and food channel for all ages is here – GOASEAN! The one stop channel that will bring convenience and help for travelers before they depart, so let’s check out the top 5 reasons on why we should watch GOASEAN!

Hiburan Fri, 18 Oct 2019
Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Suami Boleh Faham, Ifa Raziah Pelik Orang Luar Yang Lebih ‘Over’

Foto Datuk Boy Iman merangkul erat pinggang penyanyi Ifa Raziah menjadi topik hangat sejak dimuat turun beberapa hari lepas.

Events Fri, 13 Jan 2023
Trending Tue, 26 Apr 2022
Kisah Viral Fri, 28 Mar 2025

Anes Ayunie Beli 15 Kilogram Emas, Dikecam Netizen Kerana Didakwa Menunjuk

Anes Ayunie didakwa mahu menunjuk selepas berkongsi video membeli emas sebanyak 15 kilogram.

Hiburan Fri, 20 Jun 2025
error: Content is protected !!