Hiburan By: SGMS Faida October 29, 2018 @ 4:08pm

It’s A BOY! Kapsyen Erma Fatima Untuk Adik Ipar Bikin Netizen Sebak

Adik kepada pelakon terkenal Erma Fatima, Betty Rahmad bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Berita ini dikongsi di laman Instagram kakak kesayangannya itu, semalam.

Menerusi sebuah video yang memperlihatkan Betty bersama keluarga dan teman rapatnya memecahkan belon yang melambangkan jantina bakal anaknya itu.

Jika biru bermakna lelaki manakala warna merah jambu pula adalah perempuan.

Namun apa yang lebih menarik perhatian dalam posting berkenaan adalah mesej yang disampaikan Erma buat suami Betty iaitu Ardy Damis.

“Nikmatnya kurnian Allah kepada perempuan yang mampu mengandung, sembilan bulan itu yang paling indah.

“Alhamdulillah adik aku mampu melahirkan zuriat buat suaminya. Ardy Damis hang takdak alasan nak menikah satu lagi naaa. Aku nak girl tapi tak apa lah, syukur!,” tulisnya di laman Instagram.

Rata-rata pengikut di Instagram Erma meninggalkan komen sebak namun dalam masa sama mereka gembira memandangkan keluarga itu bakal bertambah meriah tidak lama lagi.

Berkemungkinan, kapsyen berkenaan mengingatkan perkara yang pernah dilalui oleh pelakon Mak Cun ini dahulu.

Erma pernah berkahwin dengan pengarah Bade Azmi namun mereka tidak dikurniakan zuriat dan ia dikatakan antara punca Bade berkahwin lain. Bagaimanapun Erma dan Bade akhirnya berpisah.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Man’s First Impression of Remy Ishak: “I Thought He was Just a Random Bangla…”

It was during prayers in Wangsa Walk’s surau when he saw Remy Ishak.

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

WOW! Bella Hadid Jadi Pengikut Neelofa Di Instagram

Pergh…Untunglah Lofa, Bella Hadid kot!

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Mon, 24 Dec 2018

‘Dangdut Bukan ‘Makanan’ Saya Tapi…’ – Wani Kayrie

Penyanyi muda ini bercadang nak hasilkan lagu dangdut tahun depan. Tapi tak nak lagu dangdut rentak sedih katanya…

Featured Tue, 19 Jul 2022

Berniqab Bukan ‘Penghalang’, Neelofa Syukur Ada Jenama Sudi Bekerjasama.. Terharu Ramai Lebih Terbuka

Wahhh, Alhamdulillah murah rezeki Lofa 🥰🤩 Tak dinafikan Lofa sering menampilkan fesyen dan gaya yang onz kann 🤩😍

Selebriti Sat, 2 Sep 2023
Featured Thu, 23 Jun 2022