It’s A Boy…Tahniah Shima Anuar Timang Anak Kedua!

Pelakon Shima Anuar selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di sebuah hospital swasta di sini, tengah hari tadi.

Lebih menggembirakan, Shima bersyukur kerana kini memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan.

“Alhamdulillah, saya melahirkan bayi lelaki seberat 2.88 kilogram yang sihat dengan selamat.

“Anak pertama, Sophia paling teruja mendapat adik. Dia pula yang runsing menunggu kehadiran adiknya semalam.

“Saya dan suami belum beri nama dan masih memikirkan nama sesuai,” katanya.

Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama Marian Sophia pada 12 Disember 2017.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida