Categories: LIFESTYLE

Apa Maksud ”Chersonesus Aurea”?

Jika ditanya kepada rakyat Malaysia hari ini tentang nama lama bagi negara kita yang mereka ketahui, pasti majoriti daripada kita akan menjawab Malaya dan Tanah Melayu sahaja.

Namun, sebenarnya beribu-ribu tahun dulu, negara kita mempunyai satu lagi nama iaitu “Golden Chersonese” atau “Semenanjung Emas”.

Nama atau gelaran itu didakwa diberikan oleh ahli geografi Greek yang bernama Claudius Ptolemy kerana kekayaan hasil emas di dalam negara ini.

Kawasan ini merangkumi keseluruhan Semenanjung Melayu yang asal iaitu Semenanjung Malaysia, Myanmar dan Thailand.

Pada zaman dahulu, Semananjung Melayu ini dikatakan sebagai antara pengeluar emas utama dunia.

Aktiviti perlombongan emas di negara ini dipercayai telah bermula sejak lebih 2000 tahun yang lalu dan kita juga pernah memiliki beberapa jajaran emas yang dikenali sebagai “Malaysia Gold Belt”.

Perkara ini juga telah ditulis oleh penulis perihal Melayu-Portugis Godinho de Erédia dalam sebuah penulisannya pada abad ke-17. Beliau telah menyentuh mengenai lombong emas di Patani dan Pahang.

Walaupun emas bukan lagi hasil utama di negara kita ketika ini, kita masih lagi mempunyai beberapa lombong emas seperti di kawasan Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Semoga dengan perkongsian ini dapat serba sedikit menambah ilmu dan pengetahuan sejarah negara kepada kita semua.

Sumber: History AsiaRevolvy

SGMS Enal