Jakarta ‘Special’ Untuk Kami- Westlife

Kumpulan boyband popular Westlife berjaya menghiburkan para peminat di Jakarta, malam tadi.

Menurut salah seorang anggotanya, Nicky Bryne, dia mewakili rakan-rakannya begitu senang dapat kembali ke kota itu.

“Luar biasa sekali penerimaan di sini. Jakarta itu special untuk kami. Kami tidak akan lupa hari ketibaan kami di sini begitu ramai orang menunggu kami di lapangan terbang.

Peminat kami di benua Asia tidak pernah bosan dengan kami dan selalu menunggu untuk kami kembali lagi.

“Akhirnya rasa rindu itu terubat jua selepas dapat kembali ke sini,” kata Nicky yang mengaku amat ‘dekat’ dengan peminat di sana.

Di konsert itu, Westlife mempersembahkan rangkaian lagu popular antaranya If I Let You Go, Hello My Love, My Love, What About Now, Swear It Again dan banyak lagi.

Kumpulan ini juga dijadualkan akan meneruskan konsert jelajah ‘Westlife The Twenty Tour 2018’ seluruh Asia ke kota Yogyakarta, Semarang dan Palembang. -Kompas.com.

SGMS Faida