Izzue Islam Takut Sakit Makin Melarat

Memandangkan jadual yang padat dan tahap kesihatan yang sedikit terjejas membuatkan pelakon dan penyanyi, Izzue Islam risau dengan komitmen yang bakal diberikan.

Menyedari kedua-dua matanya membengkak selepas mengalami batuk, sakit kerongkong dan demam, Izzue akui sebelum ini juga beliau pernah dijangkiti penyakit yang sama tetapi tidak terlalu serius. 

Sumber : Instagram @izzueislam

” Saya sedar kedua-dua mata bengkak terutama sebelah kiri yang semakin teruk. Doktor sukar mengenal pasti punca tetapi memberitahu penyakit ini tidaklah berjangkit. Tapi, apa yang merisaukan ialah saya perlu menjalani penggambaran telefilem dan nampaknya terpaksalah saya memakai cermin mata hitam sahaja.” Katanya

Artis jemputan bagi episod pertama Senang Terhibur ini juga memberitahu, beliau sepatutnya menjalani penggambaran sebuah telefilem hari ini. 

Salma Syahbuddin