‘Jadi Penyanyi? Tak Kot…’- Radin Selesa Kerja Dalam Konti

Penyampai radio ERA Radin mengaku tidak berani menceburkan diri dalam bidang nyanyian kerana sedar dengan kemampuan diri.

Biarpun ramai penyampai radio sebelum ini pernah menghasilkan single, Radin memberitahu dia lebih cenderung dalam bidang penyampaian radio dan pengacaraan sahaja.

“ Saya happy dengan apa yang saya buat sekarang. Kalau bercakap nak kembangkan karier dalam bidang seni, menyanyi tak kot. Saya masih sedar diri lagi,” katanya ketika ditemui di majlis penyerahan kunci Mercedes Benz kepada stokis terbaik produk kecantikan Meeracle, hari ini.

Mengakui selesa bergelar penyampai radio ERA, jejaka berusia 29 tahun ini bersyukur dengan rezeki yang diperoleh sepanjang lima tahun di stesen berkenaan.

“ Bukan tidak mahu bertukar angin ke stesen lain cuma rezeki masih di sini. Saya selesa dan seronok lakukan kerja di konti dan dalam bidang pengacaraan.

“ Dulu ada juga saya cuba berlakon jadi cameo dalam dua buah drama sebelum ini. Mungkin disebabkan kekangan masa di konti dan undangan menjadi pengacara, rasanya baik saya fokus dalam kerja yang saya mahir dahulu,” ujarnya.

Namun begitu, Radin tidak menolak sekiranya kembali berlakon jika diberi watak bersesuaian dengan karakternya

SGMS Faida