“Tugas Dan Tanggungjawab Sudah Jadi Double Triple”- Rita Rudaini

Kehidupan bergelar ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata iaitu, Airit Rayyan Rizqin 10 dan Airit Qaqa Arjuna, 8 bukanlah sesuatu yang mudah.

Menurut, Rita Rudaini dalam caption yang dimuat naik menerusi ruangan instagram miliknya, beliau sendiri tidak mempunyai masa untuk dirinya kerana keutamaan harus diberikan buat dua orang anaknya. 

Namun, sebagai seorang ibu caption luahan hati ini betul-betul menggambarkan seorang ibu tunggal sepertinya perlu kuat dalam menjalani kehidupan.
” Setiap masa juga saya selalu fikir kalau ada apa-apa terjadi pada saya, macam mana mereka nanti? Sebab tu saya dah bersedia awal-awal dan berterima kasih banyak-banyak kepada Encik Rizuan kerana membantu saya untuk masa depan kedua nyawa saya ni” Tulisnya.
Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan pernah berkahwin  pada 2008 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada September 2013.
Salma Syahbuddin