Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 21, 2022 @ 4:11pm

“Jaga Adab Dan Lisan…” – Jasmin Hamid Kecil Hati Diperli Macam Ibu & Anak

Setelah enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Jasmin Hamid tersinggung apabila ada wargamaya yang melemparkan kata-kata negatif kepada dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahim.

Beberapa hari lalu, Jasmin Hamid atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, memohon kepada wargamaya supaya menjaga adab dan tidak menyamakan dirinya dengan suami seperti ibu dan anak menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) miliknya.

Pelakon yang mesra disapa sebagai Kak Min itu turut menyatakan perkahwinannya itu merupakan rezekinya dijodohkan dengan lelaki yang lebih muda daripada usianya dan dia juga percaya bahawa jodoh dan ajal itu adalah rahsia Allah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

“Mohon jaga adab dan lisan. Ini suami saya,bukan anak saya. Rezeki dan jodoh saya bersuamikan lelaki muda. Semuanya adalah perancangan Allah.

“Sebagai hambaNya yang beriman, kita wajib percaya dengan jodoh, rezeki, ajal, maut, semuanya rahsia Allah. Adakah ada masalah penyakit ain?” tulis Jasmin di ruangan kapsyen.

Justeru, perkongsian pelakon senior tersebut mendapat respon daripada wargamaya dan rakan artis yang bersetuju dengan luahannya itu. Ramai yang menasihati Jasmin Hamid untuk tidak menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh segelintir wargamaya.

Terdahulu, Jasmin Hamid telah diijab kabulkan dengan suaminya Nazmir Abd Rahim, 35, yang merupakan pembantu peribadinya (PA) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada November lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Aug 2021

“Dia Cakap, Dia Takut Tapi…” – Shuib Kongsi Pesan Terakhir Siti Sarah

Semoga Allahyarhamah Siti Sarah beroleh syurga❤

Trending Mon, 15 Oct 2018
Featured Sun, 17 Oct 2021

Teruja Dapat Kek Birthday Dari Jiran, Reaksi Budak Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

Bak kata pepatah, jiran sepakat membawa berkat. Jiran adalah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita dan penting dalam kehidupan kita. Terbaharu, seorang pengguna TikTok yang bernama @imanfauzi97 telah memuat naik sebuah video di aplikasi […]

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

“Aku Berkerja Demi Hidup” – Intan Liana Semakin Berani

Rezeki Intan semakin bertambah selepas apa yang berlaku pada dirinya

Hiburan Thu, 12 Mar 2020
Trending Mon, 12 Oct 2020
Hiburan Wed, 29 Oct 2025

“Anda Semua Memang Sweet” – Kamal Adli Hargai Usaha Netizen Pujuk Uqasha Senrose

Kamal Adli sebak dan terharu netizen bantu pujuk Uqasha Senrose

error: Content is protected !!