Jalaludin Hassan Dimasukkan Ke Hospital, Ramona Zamzam Luah Rasa Sedih – “Macam Mana Nak Teruskan Tanpa Dia…”

Pelakon Ramona Zamzam memaklumkan bahawa pelakon Datuk Jalaludin Hassan dimasukkan ke hospital.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia menyatakan rasa sedih rakan pasukannya untuk sebuah program realiti tidak dapat hadir membuat persembahan pada malam ini.

Menurutnya lagi, Datuk Jalal banyak memberi tunjuk ajar dan sumbangan untuk pasukan mereka.

“Baru dapat berita Datuk Jalaludin Hassan is admitted in HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Terus rasa down.

“Datuk Jalal banyak menyumbang untuk team Champak Tak Jauh dalam Mega Spontan, macam mana nak teruskan episod malam ni without him. Doakan Datuk Jalal cepat sembuh,” ujarnya.

Namun, punca pelakon drama Ariana Rose itu dimasukkan ke hospital masih tidak diketahui.

Maya Basir