Featured By: Maya Basir March 8, 2023 @ 7:33pm

Jalil Hamid Disahkan Sakit Jantung, Mahu Berehat Di Rumah – “Kalau Ikutkan, Saya Masih Lagi Perlu Dirawat Tapi…”

Selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), pelakon Jalil Hamid memaklumkan doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung di Hospital Serdang, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, dia sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam setelah mengalami masalah pernafasan sebelum dibawa ke hospital.

“Semalam, saya dah dibenarkan pulang. Awalnya saya sesak nafas. Pernafasan saya tak lancar. Selepas pemeriksaan dan rawatan, pihak hospital memaklumkan saya ada masalah berkaitan jantung,” katanya.

Menurutnya, dia sepatutnya ditahan di hospital untuk rawatan namun dia memberi ruang kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Kalau nak ikutkan, saya masih lagi perlu dirawat di hospital. Tapi, saya kasihan melihat pesakit-pesakit yang lebih teruk keadaan mereka.

“Jadi, saya minta untuk dibenarkan pulang dan berehat di rumah.

“Kasihan saya lihat apabila ada sesetengah pesakit yang tak dapat katil. Ada yang perlu menunggu sehingga empat ke lima hari untuk mendapat katil.

“Bahkan, ada yang sampai terpaksa berbaring di laluan. Saya beritahu hospital, tak mengapa saya mengalah,” jelasnya.

Kini, Jalil hanya menunggu keputusan dan panggilan daripada hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Di hospital, doktor jalankan beberapa ujian termasuklah ujian darah dan mereka akan maklumkan saya, bila tarikh saya perlu hadir semula ke hospital untuk rawatan susulan.

“Sekarang, di rumah saya perlukan oksigen dan tahap oksigen juga perlu dipantau,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon Fauziah Ahmad Daud berkongsi hantaran di Instagram mengenai Jalil yang berada di zon kuning ICU.

“Sama-sama kita mendoakan seniman, Jalil Hamid, ya,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 3 Oct 2021

Pembayaran BKK Sehingga RM 1,000 Bermula Oktober Ini, Cara Semak Kelayakan & Permohonan

Umum maklum, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan kehidupan serta memperolehi jagaan yang sempurna. Bagi mereka yang ingin menyemak syarat kelayakan,

Trending Thu, 20 Aug 2020

Dr Noor Hisham Abdullah Dinobat Tokoh Maal Hijrah 1442H

Tahniah diucapkan buat Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Trending Tue, 14 Jun 2022

“Banyak Benda Tak Sopan Saya Lakukan…” – Fauziah Gous Fokus Buat Kebaikan, Tak Boleh Ubah Masa Lalu

Fouziah Gous mahu fokus buat kebaikan untuk jadi contoh buat anaknya.

Featured Wed, 11 Jan 2023

“Keputusan Bercerai Atau Tidak Selepas Balik Umrah” – Isteri Shuk Sahar

Shuk tunai umrah dengan Sera… moga yang baik-baik saja

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Trending Thu, 27 Jan 2022

Lempar Tuduhan Terhadap Anuar Zain Sehingga Ziana Zain Berang, DSV Diserang Netizen – “Saya Mohon Maaf, Tidak Berniat”

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal Anuar Zain. Dalam hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya, DSV memohon kemaafan susulan video pendek yang tular di

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Kini Fathia Sudah Hilang Sabar?

Nampaknya, pelakon Fathia Latiff sudah hilang sabar dan mula membuka mulut menerusi laman Twitternya…

Featured Mon, 16 Mar 2020

5 tanda badan tidak cukup karbohidrat!

Jangan abaikan keperluan tubuh badan.

Trending Tue, 21 Jul 2020

| Live TV