Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 16, 2021 @ 4:30pm

#JusticeForBella : Pemilik Rumah Bonda Kini Ditahan Polis

Pemilik Rumah Bonda kini ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, wanita berusia 29 tahun itu ditahan pada jam 10.30 pagi pada Rabu.

Siti Kamsiah Hassan berkata, wanita itu ditahan selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

“Kertas siasatan baharu telah dibuka dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506, Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan remaja Sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali dengan nama Bella itu dipercayai telah didera di sebuah pusat kebajikan yang terletak di Jalan Kukuban di Taman Setapak, Kuala Lumpur.
Kisah yang menyayat hati itu sekaligus mendapat perhatian dari seluruh rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella sehingga mewujudkan tanda pagar #justiceforBella di media sosial.
Terbaharu, Bella kini sedang ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.
Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Pencarian Bakat Baharu Sudah Dibuka, Ratu Farah Diva Pun Join!

Hantar video penyertaaan anda dengan #XtraXstar2025 di TikTok sebelum 15 September ini

Trending Wed, 20 Jun 2018

There are Turtles in Melaka and We NEED to Protect Them

We can’t let these endangered animals be exposed to anymore risks and hazards.

Featured Tue, 28 Mar 2023
Acara Sun, 13 Nov 2022
Trending Tue, 24 Aug 2021

Eksploitasi S**ks & Pemerdagangan Manusia, Pelawak Tidak Akan Didakwa Di Mahkamah

So, korang jangan cetus sebarang kontroversi lagi ek!

Hiburan Tue, 8 Apr 2025

Rakan Jadi Saksi Shuk Sahar Berhempas Pulas Cari Rezeki Sampai Lewat Malam 

Shuk Sahar terharu ada ‘keluarga’ di Singapura tampil pertahankannya

error: Content is protected !!