JAMAH BUKU LIMA, ALTIMET BENGANG DENGAN PRINCHIQY DINZLY?

Rasanya AJL32 kali ini bukan sahaja antara yang paling berjaya malah, pelbagai kontroversi juga turut timbul dikalangan artis tanah air pada malam anugerah tersebut.

Selepas Wany Hasrita dikutuk kerana menyanyi sumbang sehinggalah fenomena jutawan kosmetik, Sajat mencuri perhatian. Kali ini, timbul pula isu terbaru apabila Altimet dikatakan bengang kerana cubaan Iqram Dinzly atau Princhiqy Dinzly ingin menceroboh persembahan beliau ketika menyanyikan lagu Amboi.

Persembahan Altimet menerusi lagu Amboi di pentas AJL32

Menurut satu kenyataan yang dibuat oleh Altimet menerusi laman twitternya, beliau meluahkan rasa kecewa terhadap percubaan Princhiqy Dinzly untuk mengganggu persembahan beliau pada malam tersebut. Dan, dalam masa yang sama mengucapkan tahniah kepada petugas dan krew Media Prima kerana melindungi beliau.

 

Namun, meskipun persembahan Altimet tidak dinodai dengan kehadiran Princhiqy, beliau tidak mungkin melepaskan peluang untuk beraksi di pentas AJL32 bukan? Princhiqy seterusnya dilihat menaiki pentas berprestij itu ketika Hael Husaini menyanyikan semula lagu Jampi sebelum acara sampai ke penghujungnya dengan menunjukkan tarian seninya itu.

 

Salma Syahbuddin