Jangan Benci Cintaku Cetus Fenomena, Catat 12 Juta Tontonan

Shah, Fika, Husna adalah anatara watak yang terlibat dalam cerita Jangan Benci Cintaku yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 sekaligus mencetuskan fenomena sejak ianya ditayangkan pada 29 Jun lalu.

Lakonan hebat Saharul Ridzwan, Zahirah McWilson dan Niena Bahadun ini begitu mendapat tempat dihati penonton, sehingga ianya menjadi topik hangat di media sosial tiap kali episod baru bermula sehingga mempengaruhi emosi para penonton. 

Lakonan mantap Niena Bahadun menerusi watak Husna antara watak yang paling banyak menerima kritikan sehingga pelakon ini sendiri menerima ugutan daripada netizen kerana terlalu obses dengan wataknya. Dan, ini sekaligus antara bentuk kejayaan bagi seseorang artis tersebut kerana berjaya membawakan watak dengan cukup berkesan.

Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, kelainan jalan cerita drama tersebut salah satu faktor yang menyumbangg kepada jumlah rating yang tinggi.

“Seringkali jalan cerita drama-drama slot Akasia telah dilabelkan sebagai klise. Namun, dengan kejayaan drama Janagn Benci Cintaku yang berjaya mencatat rating terkumpul sebanyak 12 juta penonton untuk 28 episod dan melebihi 5 juta tontonan dalam Youtube dan portal video tonton ini membuktikan bahawa jalan cerita yang mempunyai plot twist sebegini menarik minat penonton”

“Ia mempunyai tarikan tersendiri sehingga membuatkan penonton tidak berganjak dari kaca TV, menjadi tular serta berada di tangga nombor satu dalam platform media sosial seluruh dunia. Kami ingin berterima kasih kepda semua peminat yang sentiasa memilih drama-drama kami sebagai pilihan utama mereka.” Katanya

Drama Jangan Benci Cintaku ini telah menutup tirainya semalam apabila Shah dan Fika kembali bersama. Dan, Husna telahpun bertemu jodohnya. 

Buat peminat Shah, Fika dan Husna, jangan bimbang selepas drama ini berakhir semalam, drama baharu berjudul Cinta Bukan Kristal lakonan Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad akan menemani malam-malam anda selepas ini. 

Jadi, buat mereka yang ketinggalan menyaksikan episod penuh drama Jangan Benci Cintaku ini, korang bolehlah menonton semula menerusi portal rasmi kami di www.tonton.com.my!

Salma Syahbuddin