Categories: Trending

Untungnya Wanita Ini Punya Suami Yang Ikhlas Memperisteri Dan Menjaganya

Gambar ini membicarakan segala-galanya dan menjelaskan kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada seorang suami terhadap isterinya.

Pastinya mengusik jiwa kaum hawa terutamanya sekaligus terbit rasa terharu, alangkah beruntungnya wanita dalam dukungan lelaki itu kerana mempunyai seorang suami yang cukup prihatin dan penyayang.

Di mata Muhammad Jefri Abdullah, 43, isterinya, Roszanika Abdul Karim, 39, adalah bidadari sekalipun realitinya wanita itu menderita penyakit skoliosis hingga menyebabkan tulang belakangnya semakin hari semakin membengkok.

Keagungan cinta pasangan suami isteri ini bukan lakonan layar kaca televisyen namun benar-benar wujud.

Muhammad Jefri bukan saja menerima seadanya segala kekurangan isterinya yang hanya terdaya mengiring setiap masa, malah sanggup memeluk Islam untuk menjaga suri hatinya itu seumur hidup.

Sudah menjadi rutinnya sejak 10 tahun lalu, segala keperluan wanita itu diuruskan sendiri Muhammad Jefri termasuk menukar lampin pakai buang.

Sumber: Harian Metro

Sumber Video: Youtube

Yanie Baharom