“Jangan Jadi Pengecut” – Dicemuh Cacat, Bad Indigo Minta Individu Bersemuka

Penyanyi Bad Indigo memuat naik sebuah tangkap layar memaparkan ada individu mencemuhnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Bad, 48, berasa kesal dengan komen yang ditinggalkan individu itu yang menyatakan dirinya cacat apabila dia menyatakan teringin ke bazar Ramadan namun tiada kemudahan untuk parkir OKU.

“Tu la bang sapa suruh cacat,” komen individu itu.

Susulan itu, Bad meminta individu itu untuk cuba mencacinya secara bersemuka dan jangan sekadar berani di media sosial.

“Kenapa masih ada statement macam ini? Kalau awak sakit hati, mari datang tempat kerja saya dan cuba caci saya depan-depan.

“Jangan sorok belakang medsos. Jangan jadi pengecut ye. Malu keturunan nanti,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan komen individu itu sebagai biadap dan menasihati Bad untuk banyak bersabar.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Tidak Tayang Wajah Kekasih, Bad Indigo Didakwa ‘Berkhayal’ – “Saya Tahu Ramai Yang Menghina”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tidak Tahan Bekas Isteri Teruk Dikecam, Bad Indigo Akhirnya Dedah Punca Perceraian – “Saya Tak Jujur”

Artikel Berkaitan: “Kami Dah Sah Berpisah Tapi Tetap Berkawan” – Bad Indigo dan Ashira Tidak Lagi Bersama

Atiqah Johari