Jangan Main-Main, Raline Shah Pakar ‘Menembak’ Sekarang!

Filem Evo 2 yang bakal ditayangkan di Indonesia bermula 18 April ini menyaksikan pelakon terkenal seberang Raline Shah membawakan watak sebagai anggota Polis.

Kata pelakon jelita ini, dia berdepan cabaran terbesar dalam melakonkan watak dalam filem aksi ini.

“ Selama dua minggu setiap hari saya perlu menghadirkan diri ke kelas mempertahankan diri, mengangkat senjata, mengangkut beban yang berat dan mengamalkan diet ketat.

“ Pada malam hari pula saya belajar untuk mengendalikan senjata. Bayangkan selama tempoh sembilan bulan saya perlu melatih diri untuk beraksi lasak,” katanya ketika di sidang media filem ini di FX Sudirman, Jakarta Pusat, semalam.

Raline juga berkongsi pengalaman belajar menembak selama sebulan sehingga berjaya mengawal senjata dan menggunakan senjata M 17 dan M4.

“ Dari pergerakan dan cara mengendali senjata betul, ia sebuah pengalaman yang amat berbeza jika dibandingkan lakonan saya sebelum ini,” katanya yang mengikuti kelas amali bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Filem Police Evo terbitan Screenplay Films, Astro Shaw dan Blackflag turut dibintangi Tanta Ginting, Mike Lucock, Shaheizy Sam, Zizan Razak, dan Hasnul Rahmat dan bakal ditayangkan di seluruh pawagam Indonesia pada 18 April 2019.

Untuk rekod, filem ini telah ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 22 November tahun lalu dan meraih kutipan lebih RM 20 juta. – Kompas.com

SGMS Faida