Categories: Gaya Hidup

10 khasiat luar biasa longan yang anda perlu tahu. Bagus untuk mereka yang stres dan mahu kurus!

Ramai yang menggemari buah longan atau nama saintifiknya Dimocarpus longan.  Isinya yang manis dan sedap membuatkan sesiapa saja leka dan akan menikmatinya tanpa henti. 

Mungkin ramai yang tidak tahu longan antara buah yang mempunyai banyak khasiat dan bagus untuk kesihatan badan serta mengandungi pelbagai zat termasuk mineral seperti vitamin A, B, B1, B2, B3, C, kalsium, zat besi, fosfor, kalium, zink, magnesium dan juga asid tartik.

Foto: News VietNam Net

Kandungan vitamin C yang terdapat pada longan mampu meningkatkan ketahanan dan melindungi tubuh daripada demam dan selesema. Jom kita semak khasiat atau manfaat lain yang diperoleh apabila memakan buah longan.

1. Sumber tenaga

Meskipun memiliki lemak dan kalori yang rendah, longan mengandungi karbohidrat kompleks yang dapat memberi tenaga dan meningkatkan stamina.

2. Antikemurungan

Longan berkhasiat untuk menenangkan fikiran, meningkatkan fungsi saraf dan mengurangkan rasa letih.

3. Membantu pergerakan jantung dan limpa

Apabila stres dan keletihan dapat dikurangkan, ianya  meringankan tugas jantung dan limpa. Selain itu longan juga dapat mengurangi risiko penyakit kardiovaskular dan strok.

4. Mengurangkan risiko kanser

Khasiat yang terdapat dalam longan dapat memerangi radikal bebas dalam tubuh dan mencegah kerosakan sel, selain dapat mengurangkan risiko serangan kenser.

Foto: Garden Picks

5. Atasi insomnia

Longan juga mampu mengubati penyakit insomnia atau bermasalah untuk tidur.

6. Kesihatan kulit

Longan bagus untuk kulit kerana mengandungi kandungan antipenuaan, mampu mengatasi iritasi, mencegah kedutan kulit pada persekitaran mata, mengurangkan kerosakan dan pengelupasan kulit serta mencerahkan kulit.

7. Melancarkan peredaran darah

Longan mampu melancarkan peredaran darah sekali gus mencegah penyakit anemia. Selain itu, longan juga mampu mengawal kadar zat besi dalam tubuh.

8. Diet

Longan memiliki kadar lemak dan kalori yang sangat rendah. Setengah mangkuk longan hanya mengandungi 35 kalori, jadi ia adalah pilihan yang tepat untuk diet.

9. Memudahkan penghasilan susu

Longan kering membantu memudahkan penghasilan susu kerana ia mengandungi kandungan potassium yang tinggi.

10. Kesihatan rambut

Zat saponin yang terkandung dalam biji longan mampu menjaga kesihatan dan mencantikkan rambut.

Ad Ops