Hairi Safwan Buka Perniagaan Kereta Sewa?

Setelah lama menyepi dalam industri, kini Hairi Safwan tampil dengan drama terbaharu lakonan beliau yang bakal bersiaran di slot Iris berjudul, Kereta Sewa.

Gandingan Hairi Safwan dan Amyza Aznan sebagai teraju utama dalam drama ini pastinya bakal menyajikan korang dengan babak-babak mencuit hati.

Kereta Sewa mengisahkan tentang Ramli yang mempunyai perniagaan kereta sewa. Dia sangat menyayangi kereta yang dimilikinya kerana itu adalah punca pendapatan beliau. Keadaan ini berpunca kerana beliau inginkan waktu kerja yang fleksibel di samping mendapat keuntungan dengan mudah. 

Namun begitu, Hairi mengendalikan perniagaan kereta sewa kerana beliau tidak mahu bekerja tetap. Dan walaupun ianya nampak mudah, tetapi Hairi perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan. 

Antara ragam penyewa kereta Ramli adalah seorang gadis cantik yang mahu menyewa kereta Ramli tetapi dia tiada lesen memandu. Ramli terpaksa menjadi pemandu gadis berkenaan dalam membantu gadis itu mengintip bakal tunangnya yang disyaki curang.

Tidak cukup dengan itu, Ramli juga dikejutkan oleh rakan sekampungnya, Bell yang datang ke rumah untuk meminjam kereta bagi membawa isterinya, Shery yang hendak bersalin. Perjalanan menjadi kelam kabut apabila mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya akibat kemalangan. Mereka juga terpaksa menggunakan jalan alternatif yang jauh dan akhirnya Ramli  terpaksa menjadi bidan terjun bersama-sama Bell untuk menyambut kelahiran bayi itu.

Nak tahu lagi apakah ragam pelanggan-pelanggan Hairi dalam Kereta Sewa? Jangan lupa saksikan drama yang bakal bersiaran di slot Iris bermula pada 9 April 2019.

Salma Syahbuddin