‘Jangan Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang Lain’- Ajak Shiro

Pengacara, Ajak Shiro memohon kepada orang ramai untuk tidak menentukan hala tuju hidup mana-mana individu.

Ajak atau pemilik nama penuh Mohamad Hanaffi Razak,33, berkata, institusi perkahwinan terutamanya harus di selesasikan oleh itu sendiri tanpa campur tangan luar.

“Sejujurnya saya takut apabila diminta untuk mengulas mengenai hal perkahwinan kerana tidak dapat menduga masa hadapan. Apatah lagi, rumah tangga adalah perkara yang sukar diduga.

“Mengikut nasihat saya, sebuah keluarga itu perlu diselesaikan oleh si suami dan isteri tanpa pengaruh orang luar. Kadang kala, netizen di luar sana membuat keputusan bagi pihak pasangan itu sendiri, yang mana akhirnya membuatkan mereka menyesal di kemudian hari.

“Pasangan yang berkahwin itu sendiri tahu mengenai masalah yang mereka alami, jadi biarlah mereka menyelesaikan dahulu secara baik. Saya sendiri berharap hubungan bersama keluarga berada dalam keadaan baik sehingga hujung nyawa,” kata Ajak.

Ajak mengulas mengenai isu berkenaan ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya yang berjudul Yang Mano bertempat di ibu pejabat, Warner Music Malaysia, di sini.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Enal