“Jangan Pendam Jika Ada Masalah, Luahkan…” – Nazim Othman

Berikutan tularnya pelbagai masalah dan tekanan yang hidup yang dihadapi oleh orang ramai, pelakon Nazim Othman menggalakkan agar individu yang mengalami tekanan agar tidak memendamnya seorang diri.

Nazim menggalakkan mereka yang mengalami tekanan di saat Perintah Kawalan Pergerakan berkongsi masalah berkenaan kepada seseorang.

“Kita tidak rasa apa yang mereka lalui pada ketika ini. Mungkin kini kita masih lagi selesa, ada simpanan serta boleh hidup bebas tetapi sebaliknya kesusahan mereka tidak boleh digambarkan.

“Jadi untuk orang lain yang rasa tertekan pada situasi kini, lebih baik kita berkongsi masalah itu kepada seseorang. Sekarang, kita tak boleh nak bergantung pada diri sendiri juga.

“Walaupun berkongsi masalah kepada orang tak dikenali pun tidak mengapa asalkan anda bercakap dengan seseorang serta tidak simpan masalah bersendirian,” katanya.

Di samping itu, Nazim turut menegaskan kepada orang ramai agar tidak mudah menghakimi mereka yang mengalami tekanan lalu bertindak di luar jangka.

“Kita perlu ada sifat empati, memahami serta jangan menghakimi kepada orang lain kerana kita tidak pernah tahu apa yang mereka lalui.

“Kadangkala, bukan sebab wang dan barangan, tetapi ada seseorang untuk mendengar masalah kita pun dah cukup. Itu lebih penting buat masa sekarang ini. Jadi jika ada orang minta nasihat, saya akan beri,” ujarnya.

Sumber: Utusan

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”