Jangan Salahkan Pendatang, Rakyat Malaysia Baiki Diri Dulu -Chef Wan

Baru-baru ini, Kementerian Sumber Manusia mengarahkan semua restoran dan kedai makan di negara ini untuk mengambil tukang masak tempatan di premis masing-masing bermula 1 Julai ini.

Hal ini turut mendapat perhatian ramai termasuklah Chef terkenal Datuk Redzuan Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.

Menerusi kenyatan beliau dalam posting di laman Instagramnya, Chef Wan menyifatkan tindakan kerajaan itu adalah sesuatu yang rasis.

“ Kita lupa sifat- sifat pengotor ini wahai Menteri sumber Manusia sebenarnya terdapat  di kalangan semua bangsa mahu pun pada setiap tuan empunya restoran.

“ Alahai nak salah pendatang dari negara lain. Yang kita kata pengotor ini dan tak pandai masak,  masakan kita bersepah di seluruh negara ini yang saya sudah lihat dgn biji mata saya sendiri yang our very own Malaysian restaurant yang filthy pun banyak lah. All managed and run by Malaysians!,” tulisnya.

Tulisnya, “ Ada satu ketika dulu, saya tanya the Executive Chef of these old hotel bila saya masuk ke dapur mereka sangat la jijik dan kotor serta buruk. Lipas dan tikus merayap every where. Bila saya tanya Chef Wahid ni how Bandaraya boleh terlepas pandang ni semua dia jawab.

“ Ala ChefWan hulur aja a few hundreds lulus la tu! Ini bukan fitnah cerita betul ok!,”

“ So how can we change all this if corruption exist everywhere in this country?So perhaps we need to look at the attitude of our own Malaysian sendiri lah. There plenty of experienced Malaysian chefs in this country yg masak di hotels dan restaurants mau pun warong2 makan tetapi tak sedap recipes mereka pun melambak lah!,” katanya

Dalam masa sama, Chef Wan memberitahu agar jangan sesekali menyalahkan pendatang sedangkan rakyat Malaysia sendiri harus perbaiki diri sendiri!

“ Yang pengotor dan pemalas serta tak berdecipline pun ramai lah Pak Menteri hoi! You should wear the bloody apron and work yourself for sometime to experienced all this.

“ Go talk to all the chefs in this country and let them share with u secara jujur pengalaman mereka as tukang masak and listen to all the problems they face especially with all the new generation of new young chefs hari ini yg nak cepat gaji tinggi, gila glamour nak jadi celebrity chefs serta sikap suka lompat kerja termasuk sikap2 pemalas, besar kepala, tak berdisiplin tu semua. U will be shocked to hear how bad the hospitality industry is facing now!,” tulisnya.

Para pengusaha bagaimanapun diberikan tempoh sehingga hujung tahun untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di premis mereka kerana peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan.

SGMS Faida