Janna Nick Jadi Murid Ernie Zakri?

Penyanyi Ernie Zakri merupakan antara artis tempatan yang memiliki vokal hebat. Tidak hairanlah ramai artis yang ingin mendapatkan khidmatnya untuk memberi tunjuk ajar.

Antara artis yang pernah diajar oleh Ernie adalah Siti Sarah, Siti Nordiana dan Amira Othman. Bukan calang-calang penyanyi yang menjadi anak muridnya tau!

Baru-baru ini, Ernie mendedahkan, selepas dia kerap memuat naik video nyanyian di laman sosial, ramai artis yang mula berminat mendapatkan khidmatnya sebagai guru vokal.

“Saya teruja dengan hasrat sesetengah penyanyi yang ingin mempelajari vokal bagi memperbaiki persembahan masing-masing.

“ Saya berbesar hati untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang ada bersama mereka yang ingin belajar.

” Baru-baru ini, Janna Nick ada menghubungi untuk mengikuti kelas vokal bersama saya. Cuma, kekangan waktu membuatkan kami belum berkesempatan untuk berbuat demikian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, graduan Ijazah Sarjana Muda jurusan Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini sedang giat mempromosikan single terkini, Misteri. Good Luck, Ernie!

SGMS Faida