Jarang Bagi Orang Lain ‘Sentuh’ Wajah, Aishah Azman Kongsi Tips Cantik

Pelakon Aishah Azman antara wajah pilihan produser masa kini. Bersandarkan bakat dan wajah yang jelita, tidak hairanlah Aishah banyak menghiasi drama-drama tempatan.

Menyedari menjadi selebriti bakal mengundang perhatian ramai, Aishah amat menjaga keterampilan.

“ Ramai yang menjadikan artis sebagai idola dengan meniru atau mengikut apa yang dipakai mereka.

“ Saya sendiri sangat mementingkan penampilan. Tetapi tidaklah sampai tahap menyusahkan,” katanya kepada xtra.com.

Berkongsi tentang tips kecantikan, Aishah memberitahu dia hanya bersolek menggunakan hasil tangan sendiri.

“ Saya jarang bagi orang lain sentuh wajah untuk tata rias. Kalau boleh, memang saya akan bersolek sendiri.

“ Paling penting, saya akan cuci makeup sebelum masuk ke kamar tidur. Jangan sesekali tidur dengan makeup. Penat sekalipun, saya akan mandi sebelum tidur,” katanya.

Selain itu, Aishah juga mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari.

“ Pengambilan makanan tambahan sangat baik untuk kulit dan tenaga. Oh ya, jangan lupa minum air putih yang banyak juga. Sangat penting untuk dapatkan kulit lebih sihat. Bila kulit sihat, barulah kulit akan cantik,” katanya riang.

SGMS Faida