Konsert Lazada 11.11 Super Show Gempak Habis!

Meriah! Lazada 11.11 Super Show berlangsung jayanya malam tadi dengan persembahan barisan penyanyi popular tanah air antarabangsa.

Persembahan pengenalan oleh Aman Ra, SonaOne, Altimet, Amy Mastura seterusnya bersama empat penyanyi meningkat naik Haqiem Rusli, Aiman Tino, Naim Danial dan Sarah Suhairi menerusi segmen Darah Muda menaikkan mood penonton.

Tidak terhenti di situ, penampilan bintang paling popular Anugerah Bintang Popular 2018 Wany Hasrita bersama kumpulan Bocey menggamatkan pentas dengan sketsa mencuit hati.

Seterusnya, kumpulan De Fam, Hazama dan Khai Bahar mengambil alih pentas dengan rangkaian lagu popular mereka.

Hiburan tidak terhenti di situ kerana penyanyi terkenal dari Indonesia, Cakra Khan menyertai Khai Bahar, Ayda Jebat, Puteri Aishah dan Redza Rosli bergabung dalam segmen permainan bersama Drypers.

Lazada mencatat sejarah tersendiri apabila menganjurkan konsert mega di Axiata Arena, malam tadi dengan kehadiran lebih 5000 penonton.

Program ini dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Haziq Hussni disiarkan di TV3 dan NTV7 ini turut menampilkan penyanyi terkenal Korea, KARD. Overall, memang happening tau. Thank you Lazada! 

SGMS Faida