Hiburan By: SGMS Faida April 18, 2019 @ 5:04pm

Jarang Kongsi Gambar Keluarga, Apa Alasan As’ad Motawh?

Penyanyi As’ad Motawh mengaku lebih selesa berkongsi hal kerja berbanding peribadi di laman Instagramnya.

Remaja berusia 18 tahun ini juga dilihat jarang mendedahkan gambar ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat di platform media sosialnya atas dasar privasi.

“ Saya okay kalau peminat mahu ambil gambar ketika berjumpa di luar tetapi saya bimbang ahli keluarga saya kurang selesa dalam situasi ini.

“ Saya tidak rasa berkongsi hal peribadi lebih-lebih lagi mengenai keluarga di media sosial satu keperluan. Ahli keluarga yang lain juga segan bila orang mula perhatikan dan kenal mereka,” katanya kepada XTRA ketika ditemui di majlis pelancaran telefon pintar terbaharu HONOR 20 Lite semalam.

Dalam perkembangan lain, As’ad yang baru sahaja selesai membuat The Percaya Tour memberitahu merancang mengadakan konsert jelajah lebih meluas pada awal tahun depan.

“ Insha Allah jika segalanya lancar, saya akan ke 14 negeri meliputi 44 lokasi di seluruh Malaysia bagi konsert jelajah pada tahun 2020.

“ Dalam masa sama, saya bakal tampil dengan album penuh pada tahun ini juga. Lagu terbaharu saya berjudul Warna akan mula dilancarkan pada hari Jumaat ini manakala muzik video boleh ditonton di saluran Youtube As’ad bermula jam 9 malam hari tu nanti,” akhirinya.

The Percaya Tour menyaksikan kejayaan As’ad menarik lebih 2,000 penonton biarpun pada awalnya ada segelintir netizen yang memberi pandangan sinis terhadap konsert ini.

Oleh: SGMS Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Dec 2022
Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Hiburan Mon, 21 May 2018

Syukur! Nabil Ahmad Bakal Jadi Tetamu Allah Kali Keempat

Setiap kali pulang perasaan rindu itu semakin menebal dan saya akan ambil peluang ini untuk beribadat dan memperbaiki diri…

Featured Wed, 9 Aug 2023

35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

Kita doakan yang baik-baik. moga apa yang dipilih adalah yang terbaik untuk semua pihak💖

Featured Fri, 12 May 2023
Selebriti Mon, 2 Oct 2023