Featured By: Atiqah Johari April 4, 2023 @ 3:43pm

“Jatuh Jantung Baca” – Blogger Lapor Berita Sudah Meninggal, Zarina Zainuddin Mohon Doa Panjang Umur

Sebuah blog telah melaporkan berita palsu mendakwa pelakon Zarina Zainuddin telah meninggal dunia.

Susulan itu, Zarina memuat naik artikel tersebut di Instagramnya dan memohon orang ramai untuk mendoakannya umur yang panjang.

Zarina menjelaskan bahawa dia kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama dan anaknya Azal sedang berniaga di Singapura.

“Assalamualaikum. Saya tengah shooting #bukanputerilindunganbulan #samarindaramadan2023 pagi ini dapat berita ni.

“Tolong doakan semoga saya panjang umur dan murah rezeki. Anak saya Azal berada di Compas One, Sengkang Square, Singapore dia jaga booth pulut saya.

“Semoga Azal tabah dan kuat berada di Singapura,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti terkejut dengan hantaran pelakon itu.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa bengang terhadap blog yang tidak bertanggungjawab tersebut menyebarkan berita palsu tentang kematian.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 24 Nov 2018

Gambar Perkahwinan Agong dengan Miss Moscow Curi Tumpuan Ramai

Sehingga pagi ini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis berkenaan.

Trending Mon, 21 Oct 2019

Artistreet Dance Competition; Cash Prizes Totaling Up to RM18,000 to be Won!

Your aspiring and enthusiastic talents might be what they are looking for!

Fab Foodies! Sun, 21 Jan 2018

THESE 9 PLACES SELL THE VIRAL ‘AIS KEPAL MILO PEKAT’

Milo is every Malaysian’s staple! Who wouldn’t want a piece of this for themselves?

Trending Mon, 22 Jun 2020

Semua Klinik Dan Pusat Perubatan Islam Boleh Dibuka Sehingga…

Berita lanjut boleh klik artikel di atas.