Penyanyi terkenal Korea Selatan Jay Park mengejutkan peminat apabila mengumumkan bakal bersara tidak lama lagi.

Juri program realiti Asia’s Got Talent ini menerusi Twitternya memberitahu mengenai hasratnya yang mungkin bakal terlaksana dalam masa beberapa tahun lagi.

Penyanyi berusia 31 tahun ini pernah mengikat kontrak bersama syarikat pengurusan JYP Entertainment sebelum menubuhkan label musik sendiri, AOMG.

Pernah bergelar ketua kumpulan boyband terkenal, 2PM, rata-rata peminatnya sedih dengan pengumuman penyanyi ini.

Selepas 14 tahun berada dalam industri, ramai yang membuat spekulasi Jay Park mahu memberi ruang kepada barisan artis baharu membina nama. Apa jua alasan beliau, karya Jay Park pasti akan terus diingati dan siapa tahu dia akan membuat konsert terakhir sebelum bersara?

SGMS Faida