Jayakan Watak G*y, Sean Ghazi Harap Penonton Berfikiran Terbuka

Penyanyi dan pelakon Sean Ghazi berpendapat sebagai seorang anak seni, sudah menjadi tanggungjawab besar untuk menghormati apa sahaja karakter yang telah diamanahkan oleh pengarah.

Terbaharu, Sean menjayakan watak lelaki homoseksual dalam filem ‘Split Gravy Ke Mana Tumpahnya Kuah’ arahan Zahim Albakri.

“Sebagai pelakon, sudah menjadi tugas saya untuk menghormati sesuatu penulisan, skrip dan karakter yang saya bawakan,” katanya.

@xtra_my Jayakan watak g*y, Sean Ghazi harap penonton berfikiran terbuka 🙌🏻 #fyp #xtramy #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment #tontonmy #beritaditiktok ♬ original sound – XTRA

Berharap lakonannya sebagai lelaki gay tidak akan mengundang spekulasi penonton, Sean juga mahu peminat tidak terburu-buru memberi hukuman kepada sesuatu watak sebelum menonton jalan cerita sehingga habis.

Sean berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media ‘Split Gravy Ke Mana Tumpahnya Kuah’ pada Selasa.

Filem ini menceritakan tentang seorang bapa yang tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.

Dia mengundang lima anaknya untuk makan malam terakhir bersama bagi berbual tentang rahsia yang masih membelenggu keluarga mereka.

Namun kerana kesibukan, empat orang anaknya tidak menemuinya malam itu.

Turut menjayakan filem ini antaranya Melissa Saila, Sabrina Hassan, Diana Danielle, Junji Delfino, Carliff Carleel, dan ramai lagi.Penyanyi dan pelakon Sean Ghazi berpendapat sebagai seorang anak seni, sudah menjadi tanggungjawab besar untuk menghormati apa sahaja karakter yang telah diamanahkan oleh pengarah.

Terbaharu, Sean menjayakan watak lelaki homoseksual dalam filem ‘Split Gravy Ke Mana Tumpahnya Kuah’ arahan Zahim Albakri.

“Sebagai pelakon, sudah menjadi tugas saya untuk menghormati sesuatu penulisan, skrip dan karakter yang saya bawakan,” katanya.

Berharap lakonannya sebagai lelaki gay tidak akan mengundang spekulasi penonton, Sean juga mahu peminat tidak terburu-buru memberi hukuman kepada sesuatu watak sebelum menonton jalan cerita sehingga habis.

Sean berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media ‘Split Gravy Ke Mana Tumpahnya Kuah’ pada Selasa.

Filem ini menceritakan tentang seorang bapa yang tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.

Dia mengundang lima anaknya untuk makan malam terakhir bersama bagi berbual tentang rahsia yang masih membelenggu keluarga mereka.

Namun kerana kesibukan, empat orang anaknya tidak menemuinya malam itu.

Turut menjayakan filem ini antaranya Melissa Saila, Sabrina Hassan, Diana Danielle, Junji Delfino, Carliff Carleel, dan ramai lagi.

Afiq Kandi