#SeoulSaranghae: YG Entertainment Jawab Spekulasi ‘Cinta’ Jennie Dan V

Selepas tular sebuah foto yang didakwa bintang popular K-pop, Jennie Blackpink dan V (BTS) sedang berada didalam sebuah kereta selepas menghabiskan masa bersama-sama di Pulau Jeju, Korea Selatan, ramai peminat beranggapan bahawa mereka berdua kini menjalinkan hubungan cinta.

Malah, ada juga segelintir peminat membuat andaian, Jennie menjalinkan hubungan cinta bersama V selepas berpisah dengan salah seorang anggota Kumpulan Big Bang iaitu G-Dragon.

 

Namun, menurut agensi YG Entertainment yang diwakili oleh Jennie, pihaknya tidak mempunyai sebarang komen lanjut mengenai gosip tersebut dan sekiranya terdapat maklumat lain yang perlu dikongsi kepada umum mereka tidak teragak-agak untuk memberi kenyataan.

“Kami tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan terutamnay mengenai perkara ini. 

“Kami juga akan memaklumkan kepada anda jika kami mempunyai respons yang berbeza yang perlu dikongsikan,” katanya.

Manakala, agensi yang diwakili oleh V pula iaitu BIGHITMUSIC masihtidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga ke hari ini.

Semenatra itu, walaupun kesahihan gosip ini masih tidak dapat dipastikan namun ramai peminat mendakwa gambar tersebut adalah ‘real’ dan peminat juga turut berseloroh bahawa instagram kedua-dua bintang K-pop ini mempunyai persamaan.

Salma Syahbuddin