Categories: HiburanSelebriti

Jimat Kos Demi KRON, Opie Zami Sanggup…

“Sebab nak jimat kos, saya ambil watak Ketoi dalam filem arahan sendiri,” akui pelakon dan pengarah Opie Zami yang mahu berjimat untuk filem Kron yang sudah mula ditayang semalam.

Kata Opie ketika ditemui Xtra, dia mengambil keputusan itu kerana kekangan kos penerbitan.

“Wang yang ada saya boleh gunakan untuk set dan sebagainya. Kalau panggil pelakon lain, mungkin terpaksa keluar beberapa Ribu Ringgit lagi.

“Saya tidak menganggap tanggungjawab sebagai pengarah dan pelakon dalam satu masa sebagai beban tetapi ini minat saya sejak dulu. 

“Saya dibesarkan dalam keluarga seni. Arwah ayah saya pun bekerja dalam industri.

“Susah macam mana pun, saya akan bekerja dalam bidang ini kerana tiada kepakaran untuk kerja lain. Jadi, di samping mengarah, apabila perlu saya akan berlakon,” katanya.

Filem Kron menggunakan banyak teknologi Imej Janaan Komputer (CGI) dan kos untuk itu sahaja mencecah RM200,000.

Filem fiksyen pengembaraan ini mula memasuki pawagam sejak semalam (22 Ogos 2019). Jom support! 

SGMS Faida