Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 11, 2019 @ 10:00am

‘Jodoh Saya On The Way Kot’- Wan Sharmila Tak Memilih Calon Suami

‘ Kalau esok saya jumpa calon baik, esok juga saya nak kahwin’, jawab pelakon Wan Sharmila ketika disoal mengenai jodoh.

Pelakon berusia 37 tahun yang ditemui di konsert minggu kedua Bintang Bersama Bintang 2019 memaklumkan perasaan mahu berkahwin semakin dirasai apabila melihat hampir semua rakan terdekatnya sudah menemui pasangan hidup.

“ Bila ramai kawan rapat saya sudah bertemu jodoh, tipulah saya tak rasa tak nak hidup bahagia macam mereka.

“ Ditambah dengan kawan baik saya yang sudah berkahwin selepas itu mengandung, perasaan mahu mendirikan rumah tangga itu pastilah ada. Cuma, jodoh on the way kot,” katanya kepada XTRA.

Menurut Wan Sharmila, dia juga berharap dan berdoa agar segera bertemu pasangan serasi.

“ Ramai yang anggap saya memilih tetapi sebagai perempuan sudah tentu saya harus lebih berhati- hati memilih pasangan hidup. Cuma iyalah tak adalah sampai saya menjual mahal sangat.

“ Bila saya tengok Kak Lina Pom Pom, saya tanya juga macam mana jumpa dengan kekasih. Tipulah saya tak rindu bercinta dan tak mahu berkahwin, mungkin belum masanya kot. Doa-doakan,” katanya yang tidak meletakkan sebaran spesifikasi tinggi dalam memilih calon suami.

Terdahulu, Wan Sharmila pernah berkahwin dengan Fazli Baharom pada 2007 namun bercerai dua tahun kemudian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Tidak Terikut Gaya Penyanyi Asal, De Fam Tampil Gaya Tersendiri

Persembahan De Fam menggantikan Altimet menerusi lagu Bunga wajar dipuji. Tidak nampak langsung cuba meniru gaya penyanyi asal, Altimet. Lebih-lebih lagi part tarian Azira, Cik Manggis dan Sophea yang berjaya membuatkan Bunga lebih ‘berwarna’. Penggunaan […]

Featured Wed, 20 Nov 2024

Permohonan Rujuk Farid Kamil, Diana Danielle Sah… Tarikh 2 Disember Kes Cerai Disebut Semula

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tetapkan 2 Disember sebagai perbicaraan kes cerai.

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Semangat ‘Abah’ Sentiasa Dekat -Neelofa

Syawal luar biasa bagi Neelofa & keluarga tahun ini…

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Beto Kusyairy Kembali Gegarkan Pawagam Dalam Gayong 2

Beto Kusyairy kembali gegarkan layar dalam Gayong 2 yang padat dengan aksi lebih padu & kisah lebih mendalam.

Hiburan Tue, 19 May 2026
Events Thu, 13 Dec 2018

许佳麟认爱女网红「没刻要公开但也不隐瞒」

「国民男友」Danny许佳麟认爱!女粉心都碎了~

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Cantiknya Gambar Pre Wedding Fasha dan Aidil

Sama cantik sama padan tak sabar menunggu tarikhnya nanti disatukan

Events Fri, 22 Nov 2019
Drama Tue, 1 Apr 2025

Tampilkan Lakonan Hebat Faizal Hussein, ‘Pondok Abuya’ Bakal Meruntun Jiwa

Telefilem Pondok Abuya bakal meruntun jiwa penonton.

error: Content is protected !!