Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 17, 2026 @ 8:52am

Beto Kusyairy Kembali Gegarkan Pawagam Dalam Gayong 2

Selepas kejayaan filem pertama yang ditayangkan tahun lalu, kisah mengenai pengasas Silat Gayong, Mahaguru Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR) diteruskan menerusi filem Gayong 2 terbitan SOL Pictures Sdn. Bhd.

Filem sekuel ini bukan sekadar memaparkan perjalanan seorang guru silat, sebaliknya tampil dengan skala yang lebih besar, emosi yang lebih kuat serta konflik yang lebih mendalam.

Penerbit Eksekutif, Khairul Anuar Latip berkata naskhah tersebut membawa perjalanan hidup Meor Abdul Rahman ke fasa yang lebih mencabar apabila tokoh itu bukan sekadar dikenali sebagai pendekar, tetapi juga bertugas sebagai pegawai CID dalam pasukan polis di bawah pentadbiran British selepas Perang Dunia Kedua di Singapura.

“Cerita ini masih berasaskan kisah sebenar kehidupan Datuk Meor Abdul Rahman, khususnya dari sudut nilai, prinsip dan keputusan hidup yang dipegang.

“Namun ia dipersembahkan melalui pendekatan dramatik dan sinematik. Ia bukan sebuah dokumentari, sebaliknya karya yang menonjolkan konflik kuasa serta tekanan emosi yang berlaku dalam dunia sebenar pada waktu itu,” katanya.

Berlatarbelakangkan suasana Tanah Melayu selepas perang, ketika keadaan kelihatan aman di permukaan tetapi bergolak di sebaliknya, Gayong 2 menelusuri dilema moral seorang lelaki yang berpegang teguh pada prinsip untuk menentang jenayah kongsi gelap dan rasuah, selain berdepan penyalahgunaan kuasa serta pengkhianatan yang dilindungi sistem.

Filem arahan Faisal Ishak itu masih mengekalkan Beto Kusyairy sebagai Meor Abdul Rahman. Turut membintangi filem tersebut ialah Nabila Huda dan Syafie Naswip bersama barisan pelakon lain seperti Fauzie Laily, Bobby Tonelli, Rabbit Chen, Hanna Aqeela dan Ayez Shaukat.

Menariknya, filem ini turut menampilkan Miss Malaysia 2024, Sandra Lim yang membuat kemunculan sulung dalam sebuah filem epik Melayu.

Mengulas lebih lanjut mengenai penerbitan Gayong 2, Khairul menjelaskan kisah Meor Abdul Rahman tidak seharusnya hanya dilihat sebagai sejarah kelahiran seorang guru silat.

“Dalam perjalanan hidupnya, terdapat satu fasa yang sangat menarik apabila dia memilih untuk menentang kejahatan dari dalam sistem itu sendiri.

“Gayong 2 terhasil daripada keinginan untuk mengangkat perjuangan yang lebih kompleks ini, iaitu bagaimana seseorang yang berpegang kepada prinsip akan diuji apabila kebenaran itu sendiri menjadi ancaman,” katanya.

Sementara itu, pengarah Faisal Ishak menyifatkan Gayong 2 bukan sekadar kesinambungan cerita, tetapi juga kesinambungan warisan serta tanggungjawab.

Menurutnya, walaupun filem ini menyentuh isu rasuah, gangsterisme dan penyalahgunaan kuasa, inti pati cerita sebenarnya berkisar tentang seorang lelaki yang terperangkap antara prinsip hidup dan keselamatan keluarganya.

“Jika filem pertama lebih tertumpu kepada memperkenalkan dunia persilatan dan semangatnya, Gayong 2 pula menyelami harga yang perlu dibayar apabila seseorang mempertahankan prinsip dan maruah diri.

“Ia bukan sekadar filem aksi, tetapi sebuah kisah tentang identiti dan harga diri.

“Dengan jalan cerita yang lebih matang, konflik moral yang lebih tajam serta aksi yang lebih mantap, Gayong 2 diharapkan mampu menjadi karya tempatan yang mengangkat seni persilatan dan keberanian mempertahankan prinsip dalam dunia yang tidak sempurna,” katanya.

Penggambaran filem tersebut dijalankan sepenuhnya dari November hingga Disember 2024 dengan semua lokasi penggambaran dilakukan di sekitar Ipoh, Perak.

Faisal turut berharap filem ini mampu menyentuh emosi penonton dan meninggalkan kesan yang mendalam.

“Saya berharap penonton yang menonton filem ini akan pulang dengan rasa bangga terhadap warisan kita, di samping menikmati sebuah filem aksi tempatan yang dihasilkan dengan sepenuh jiwa.

“Jika ada penonton yang keluar dari pawagam sambil memikirkan tentang keluarga, akar budaya atau pilihan hidup yang dibuat, saya rasa filem ini telah mencapai tujuannya,” katanya.

Gayong 2 dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 9 April 2026.

Sinopsis

Gayong 2 mengambil latar selepas Perang Dunia Kedua ketika Tanah Melayu memasuki era yang kelihatan tenang tetapi sebenarnya sedang rosak dari dalam. Jenayah tidak lagi bersembunyi di lorong gelap, sebaliknya berlindung di sebalik kuasa, pangkat dan wang.

Dalam cerita ini, Meor Abdul Rahman bertugas sebagai pegawai CID dalam pasukan polis British. Dari dalam organisasi itu, dia menemui rangkaian rasuah yang diketuai Malcom, seorang pegawai polis berpangkat tinggi yang memanipulasi undang undang demi kepentingan sendiri.

Di luar pula, kekuasaan tersebut dilaksanakan oleh Lee Khoon, ketua gangster yang mengawal kegiatan perjudian, keganasan dan penyeludupan candu dengan perlindungan pihak polis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Apr 2021

Kadar Pengganguran Menurun Pada Februari

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Februari, kadar pengangguran di negara ini turun kepada 4.8 peratus berbanding 4.9 peratus pada Januari. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan […]

Featured Thu, 11 Aug 2022

Berpeluang Rasai Kemanisan Ibadah Dalam Lokap, Niezam Zaidi Ingin Lupa Detik Gelap – “Saya Reda.. Seribu Mengecam, Seribu Lagi…”

Niezam menyatakan kemanisan beribadah adalah saat paling indah sepanjang 29 tahun bernafas di muka bumi ini

Hiburan Fri, 27 Dec 2024
Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Fri, 13 Sep 2019

‘Maafkan Saya’- Mamat Exists

Insya-Allah, saya akan mendapatkan rawatan sebaik sahaja konsert kami selesai nanti

Trending Thu, 12 May 2022

Paxlovid Sembuhkan Pesakit Covid-19 Tanpa Sebarang Kesan Sampingan

Khairy Jamaluddin dalam kenyataan hari ini menyatakan Paxlovid boleh merawat pesakit Covid-19.

Trending Thu, 8 Nov 2018

‘Publicity Is His Friend’, Kenapa Lelaki Ini Label Aliff Syukri Sebagai Dramatik?

Senang faham, kau baling bola kat orang disleksia, dorang susah nak tangkap. Maksudnya?

Featured Thu, 29 Jan 2026

Insomniacks Cipta Sejarah, Pertama Kali Dinobat Artis Domestik Paling Tinggi Distrim 2025

Insomniacks kini memberi fokus sepenuhnya kepada perancangan serta projek baharu bagi tahun 2026

error: Content is protected !!