Hiburan By: SGMS Faida December 10, 2019 @ 9:00am

Jualan Emas Laku, Sajat Rancang Buka Cawangan Di Johor Pula!

Usahawan terkenal, Nur Sajat mengaku perniagaan emas miliknya, Nur Sajat Gold memberi pulangan yang cukup besar.

Atas sebab itu, dia bercadang mengembangkan empayar perniagaanya di sebuah lagi lokasi baharu.

“Saya rancang untuk luaskan lagi empayar jualan emas dengan membuka cawangan di Johor pada Februari tahun hadapan,” katanya yang kini mempunyai cawangan di Shah Alam, Selangor.

Nur Sajat berkata, dia memilih Bandar Baru Uda, Johor Bahru sebagai lokasi terbaharu Nur Sajat Gold kerana ramai pengunjung datang dari Singapura.

“Rata-rata pelanggan saya adalah dari Singapura. Mungkin harga emas di sana agak mahal, jadi mereka memilih untuk membeli emas di Nur Sajat Gold kerana harga yang ditawarkan lebih murah.

“Sudah tentu saya berharap agar dengan pembukaan sebuah lagi cawangan di Johor akan memberikan hasil yang lebih lumayan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, biarpun perniagaan emasnya meraih banyak pulangan, dia tetap memberikan tumpuan kepada perniagaan lain yang diusahakannya sekarang. – KopiPlanet.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

DAYANG NURFAIZAH TERUJA WALAUPUN NERVOUS. TAHNIAH!

Dayang turut menyanyikan 25 buah lagu termasuklah lagu-lagu hit nya yang terdahulu seperti, Seandainya Masih Ada Cinta, Erti Hidup, Kembalilah Sayang, Dayang Sayang Kamu, dan banyak lagi. 

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

“Aku Kacau T***r Kau Ke? Fara Mendoza Bengang Ditegur Berbikini

Walaupun Fara Mendoza tidak lah se-popular Fazura atau Neelofa, namun beliau berjaya menarik perhatian followers beliau dan juga mengundang kecaman netizen apabila baru-baru ini beliau dilihat memuat naik gambar percutiannya di Pulau Redang

Selebriti Mon, 31 Jul 2023

“Mak Tak Ada Waktu Nikah Kami Minggu Depan, Semua Siap Dah” – Shila Amzah

Sebaknya! Semoga Shila & Ubai kuat hadapi ujian ini 🤲

Hiburan Fri, 20 Jul 2018
Hiburan Tue, 14 Nov 2017

LAYAK KE, ALTIMET?

Ramai pihak yang cuba mempertikaikan keputusan juri pada pemilihan lagu AJL32 kali ini.

Featured Mon, 12 Jun 2023