Selebriti By: Atiqah Johari July 31, 2023 @ 4:08pm

“Mak Tak Ada Waktu Nikah Kami Minggu Depan, Semua Siap Dah” – Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah berkongsi berita duka memaklumkan bahawa bakal ibu mentuanya yang juga ibu kepada pempengaruh, Ubai MZ iaitu Rohani Jamal telah meninggal dunia pada Ahad jam 6.45 petang semalam.

Artikel Berkaitan: Bertarung Dengan Kanser Ovari, Ibu Ubai MZ Meninggal Dunia

Susulan itu, Shila memuat naik luahan hatinya mengenai pemergian bakal ibu mentuanya itu di Instagram Storiesnya (IGS).

Kata Shila, ibu Ubai merupakan seorang ibu yang baik dan gembira dapat mengenalinya kerana sentiasa menjadi pendengar buatnya.

“Mak memang mak yang sangat baik, ramai orang sayang mak. Sha happy sangat dapat kenal mak… Sha akan rindu mak.

“Mak setia je dengar Sha ngomel, dengar keluhan Sha… Sha akan rindu semua, kekuatan mak, gelak tawa mak,” katanya.

Lebih menyayat hati, penyanyi lagu Patah Seribu itu berasa terkilan bahawa Allahyarham Rohani tidak sempat melihat Ubai dan dirinya bernikah yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Artikel Berkaitan: “Tarikh Dah Dekat Tapi…” – Persiapan Hampir 70% Siap, Shila & Ubai Bakal Nikah Ogos Ini

Bukan itu sahaja, Shila turut berjanji akan menjaga Ubai dan adik beradiknya dengan baik selain mengingati semua pesanan Rohani.

“All your wisdom, semua pesan mak… Sha akan ingat sampai bila-bila.

“Mak takde nanti waktu nikah kami minggu depan, semua dah siap dah… takde apa pun mak perlu risaukan.

“Sha akan jaga Ubai elok-elok seperti mana dia jaga Sha. Sha akan make sure Alieya terjaga… dia ada kakak-kakak sekarang.

“Damailah mak disana. Sayang mak,” luahnya lagi.

Untuk makluman, ibu Ubai mengalami pendarahan pada bahagian rahim sejak 8 Julai dan disahkan menghidap kanser ovari pada Januari tahun ini.

Namun, pada Isnin lalu, Rohani ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mengurangkan rasa sakit yang ditanggung.

Artikel Berkaitan: Sebak! Ini Pesanan Ibu Ubai Sebelum Ditidurkan – “Tolong Jaga Diri, Adik & Teruskan…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Nov 2018

Yeay! Priyanka Chopra & Nick Jonas Terima Lesen Perkahwinan

Priyanka Chopra dan Nick Jonas ‘memperoleh lesen perkahwinan’ selepas berhenti di mahkamah Beverly Hills ‘untuk mengisi kertas kerja’

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

Wah! Ini Mungkin Berita Paling Best Untuk Peminat Haqiem Rusli

Haqiem atau nama lengkapnya, Ridzuan Haqiem Rusli turut memohon maaf jika ada yang terasa dengan tulisan atau kata-katanya di media sosial.

Drama Mon, 17 Feb 2020
Cahaya Mata Sat, 13 May 2023

Zaki Azeman & Raa Suzuran Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Tahniah Zaki & Raa dah jadi Daddy Mummy!

Hiburan Sat, 28 Apr 2018

“Filem Pulang, Buat Bulu Roma Saya Meremang”- Remy Ishak

Ketika ditemui pada majlis pelancaran novel tersebut baru-baru ini, Remy memberitahu bahawa, perjalanan cerita dalam filem Pulang ada kena mengena dengan diri beliau sendiri