Featured By: Aqilah Paharuzi May 9, 2022 @ 3:42pm

Jualan Mencecah RM7.5 Juta, Khairul Aming Selesa Naiki Kereta Bezza – “Bonet Luas, Legroom Luas, Minyak Jimat”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengakui selesa menggunakan kereta jenama Perodua Bezza untuk kegunaan hariannya, meskipun hasil jualan sambal pedasnya iaitu ‘Sambal Nyet’ mencecah sehingga RM7.5 juta pada tahun lalu.

Jika diperhatikan ramai usahawan dalam negara ini telahpun memiliki kereta mewah yang dilabel ‘Starter pack founder Malaysia’ seperti Ford Mustang, Nissan GT-R R35 atau Ferrari 458 Italia, namun berbeza pula dengan Khairul Aming yang tampil ‘sederhana’ walaupun dikatakan jutawan dalam diam.

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, Khairul Aming berkata dia telah menggunakan Perodua Bezza selama dua tahun untuk berulang-alik ke Kelantan.

“So far I’m so happy with my Bezza. Bonet luas, legroom luas, minyak jimat. Selalu guna travel balik kelantan.

“Barang-barang untuk shooting pun semua muat dalam tu. Ok je jalan jauh. Cuma kalau naik bukit semput sikit haha.

“Dah nak 2 tahun guna and overall sangat puas hati,” tulisnya.

Ciapan tersebut dikongsikan oleh Khairul Aming selepas seorang pengguna Twitter meminta pandangan ramai mengenai kereta yang berbaloi untuk dimilikinya bagi kegunaan harian.

Menerusi ciapan pengalaman Khairul Aming yang tular itu, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa kagum dengannya yang dikatakan masih mengekalkan prinsip ‘low-profile’ walaupun sebenarnya dia mampu untuk memiliki kenderaan mewah,

“Alhamdulillah, kita sudah ada ‘influencer’ dengan kesedaran begini. Menjadi contoh yang baik untuk anak muda yang lain,’ tulis seorang pengguna Twitter.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Nov 2018

蔬果「拟人化」后的爆笑日常!

日本超人气插画家「keigo」又绘出一系列的蔬果人,用可爱、逗趣的画风来勉励大家:做人其实很幸福好吗!

Hiburan Mon, 13 May 2024
Hiburan Thu, 23 May 2019

Westlife前成员Brian McFadden为Boyzone大马站巡演任演唱嘉宾

Westlife前成员Brian McFadden为6月14日Boyzone大马站巡演担任表演嘉宾!

Agama Fri, 14 Jun 2024

Ustaz Don Direhatkan Terus Daripada Bersiaran

Hmm ketua pengarah luah rasa kecewa

Featured Sat, 11 Mar 2023

‘Hasrat’ Amir Jahari Meruntun Jiwa Ramai

Hasil karya Amir Jahari tak pernah mengecewakan 🔥

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Noor Nabila Lebih Bahagia Selepas Bercerai?

Doakan yang baik-baik saja buat Bella…