Hiburan By: Del14 September 5, 2019 @ 8:29pm

Noor Nabila Lebih Bahagia Selepas Bercerai?

Pada tanggal 4 September 2019, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa menyambut hari jadinya yang ke 34 buat pertama kalinya tanpa kehadiran suami di sisi. Rasanya masyarakat sudah maklum kemelut penceraian Noor Nabila dan suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad baru-baru ini apabila Nabila telah  memuatnaik gambar di kompleks Mahkamah Syariah di insta story miliknya hujung bulan lepas. 

Baca:https://www.xtra.com.my/aj/category/celeb-buzz/posts/sah-nabila-fail-perceraian-terhadap-sharnaaz-ahmad

 

Gambar dari instastory @noornabila

Gambar kek Bella dari instastory @rosixomar

Bella dikelilingi teman-teman rapat pada sambutan hari jadinya yang ke 34 – dari instastory @rosixomar

Walaupun tanpa suami di sisi, ibu kepada Jebat Jayden ini yang baru juga mencecah umur setahun pada 30 Ogos yang lalu, kelihatan ceria dikelilingi teman-teman rapatnya semasa sambutan hari jadinya yang ke 34 di restoran Nero Nero, berlokasi di DC Mall Damansara. Nabila yang juga dikenali sebagai Bella kelihatan sungguh anggun dan cantik memakai ‘dress’ berwarna merah dalam majlis itu. 

View this post on Instagram

Selamat hari jadi untuk anakku sayang. Semoga Allah swt panjangkan umur anak mommy, beri kesihatan yang baik dan berterusan untuk anak mommy, jadikan anak mommy Jebat Jayden Ahmad anak yang soleh, anak yang bijak, anak yang berbakti pada orang tua dan semoga Allah swt sentiasa melindungi anak mommy.. dan melimpahi anak mommy dengan kasih sayang Allah dan rahmat Allah swt. Sayangku jadilah orang yang beriman , yang bertanggungjawab, yang sentiasa menghormati orang tidak kira tua atau muda, yang menepati janji, yang berjaga2 ketika berkata2 supaya tidak mengguris hati sekeliling, semoga sayang mommy boleh menjadi seorang yang sabar dan sentiasa tenang dalam apa sahaja dugaan hidup. Sayangku anak mommy terima kasih kerana hadir dalam hidup mommy , syukur pada Allah swt. Hidup mommy dipenuhi dan dilimpahi dengan kasih sayang dan nikmat yang tak pernah mommy rasa sebelum ini. Terima kasih sayang untuk gelak tawa ,gurauan senyuman dan kasih sayang yang sangat indah dan takde nilainya. Mommy sayang anak mommy dunia dan akhirat.

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Ucapan hari jadi yang menyentuh perasaan dari Bella buat anaknya Jebat Jayden yang baru berusia 1 tahun 

 

Happy Birthday Mommy Jebat!

Kami dari team Xtra ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 34 kepada Bella dan semoga  beliau tabah mengharungi hari-hari yang mendatang dan sentiasa dirahmati Allah swt. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Thu, 28 Nov 2019
Hiburan Tue, 23 Jul 2019
Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Filem WIRA Penutup Filem Aksi Terbaik Tahun 2019!

Sejauh manakah kebenaran filem WIRA merupakan filem terbaik 2019?

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Neelofa Sekali Lagi Ke Pentas Antarabangsa?

Usahawan, pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor, melebarkan sayapnya ke pentas antarabangsa menerusi fesyen muslimah.

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

“Saya Nampak Masa Depan Saya Di Mata Fattah Amin”

Fokus kepada ibadah umrah dahulu dan nantikan pengumuman tentang pertunangan

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Shah Radhi Bakal Buka Pub?

Kalau tiada aral, bisnes itu akan bermula dalam tempoh terdekat.